Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 January, 2011

Tolak kepentingan diri jika mahu majukan JKKK - Harden


Caption: UNTUK KEBERSIHAN...Harden (tengah) menyampaikan tong sampah kepada Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim (kanan) sambil disaksikan oleh Mujah (kiri) pada majlis itu kelmarin.

Pix by Patrick Michael

SRI AMAN, Ahad (30 Jan) – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK boleh maju dari segi segala aspek sekiranya para ahli mengenepikan kepentingan diri masing-masing selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sivik Silaturahim dan Program Gotong-Royong Gabungan 9 buah JKKK di Masjid Darul Asyikirin, Kampung Muhibbah Sri Aman kelmarin.

“Semua ahli seharusnya mengutamakan rancangan yang diatur oleh JKKK masing-masing bagi memajukan penempatan mereka dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi dari masa ke semasa.

“Tidak boleh ada orang dalam JKKK yang mahu untung untuk diri sendiri sahaja. Jika tidak adalah amat sukar bagi semua pihak memajukan kawasan penempatan masing-masing selepas itu,” katanya.

Selain itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang mahu ketua kaum untuk turun padang bagi membantu kerajaan melahirkan golongan generasi muda yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Ketua kaum menerusi JKKK masing-masing kata Harden boleh menganjur pelbagai program sosial demi menarik penglibatan golongan anak muda dalam aktiviti JKKK mereka.

“JKKK juga boleh menjadi platform penting untuk melahirkan golongan generasi muda yang amat berguna kepada keperluan tenaga kerja negara dan negeri menjelang tahun 2020 ini nanti.

“Justeru saya berharap agar ketua kaum bertindak lebih proaktif bagi tujuan ini tanpa menunggu usaha kerajaan mulai sekarang,” katanya lalu mengumumkan peruntukan bernilai RM2,000 bagi setiap JKKK yang terlibat dalam aktiviti ini.

 
Sembilan buah JKKK ini ialah RPR Fasa 1 Sri Aman, Zon Selatan Muhibbah Sri Aman, Zon Tengah Muhibbah Sri Aman, Zon Timur Muhibbah Sri Aman, Zon Utara Muhibbah Sri Aman, Taman Sentosa Indah Sri Aman, Taman Harmoni Sri Aman, Zon Barat Muhibbah Sri Aman dan Zon Barat Muhibbah Sri Aman.
 
Setiausaha MDSA, Nelson Mujah Girie, Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Fracio Ferdiansyah Abdillah, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohd Yusli Nassir, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Ranimah, para wakil jabatan dan ketua kaum hadir sama pada program itu.
 

Tamat.

No comments:

Post a Comment