Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 January, 2011

Hajah Nancy ketuai ekspedisi ke Gunung Ngili, Simunjan


Caption: CERGAS...Hajah Nancy (kiri sekali) ketika mengetuai peserta ekspedisi ke Gunung Ngili, Simunjan baru-baru ini.


SIMUNJAN, Isnin (24 Jan) – Ahli Parlimen Batang Sadong, Hajah Nancy Syukrie telah mengetahui ekpedisi menjelajah Gunung Ngili, Simunjan anjuran Majlis Daerah Simunjan (MDS) baru-baru ini.

Ekspedisi ke kawasan Gunung Ngili yang bermula jam 9 pagi hingga 2 petang dan melibatkan 100 orang peserta itu merupakan salah satu usaha untuk mengesan dan mengenali asset warisan dan peninggalan sejarah yang terdapat di situ selama ini.

“Salah satu sejarah yang terdapat pada Gunung Ngili ini ialah “Lubang 8”. Ia merupakan satu daripada lapan lubang yang digali oleh pekerja Jepun untuk melombong arang batu selain dari bekas ‘boiler’ keretapi dan rel bagi mengangkut bahan-bahan tersebut ke Pekan Simunjan sebelum diekspot ke luar negeri.

“Justeru Hajah Nancy telah mengilhamkan ekspedisi terbabit bagi memberi pendedahan terhadap semua pihak tentang betapa pentingnya penjagaan aset sejarah yang terdapat di Gunung Ngili selepas ini,” kata Setiausaha MDS Hajah Norhalimah Haji Mohd Hamni pada ekspedisi berkenaan.

Selain itu Gunung Ngili katanya juga mempunyai lokasi peninjau untuk mana-mana pendaki yang mahu melihat pemandangan cukup indah ke kawasan laut China Selatan dan Pulau Burung.

Jika diusahakan dengan sempurna, kawasan Gunung Ngili boleh dijadikan pusat tarikan pelancongan utama yang menarik kepada mana-mana pengunjung luar di Simunjan selepas ini.

“Malahan Gunung Ngili juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk melihat anak bulan bagi semua umat Islam yang melaksanakan ibadat puasa pada setiap tahun selepas ini,” kata seorang peserta iaitu Mohd Ishak Ramlee, 42 tahun.

Turut serta dalam aktiviti itu ialah Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Chiew Yin Koh, Penghulu Raili Alias, Pengerusi Cawangan PBB, Bojeng Ali, Pengerusi MPWK P.200 Batang Sadong, Rosita Haji Poni dan Pengerusi PPWS Taman Hijrah, Ramlah Haji Labah.

Hajah Nancy turur mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk Kampung Sual disamping meninjau permasalahan penduduk di Kampung Nanas, Kampung Sedilo dan seterusnya melawat projek pembinaan jambatan di Kampung Sabun.

Tamat.

No comments:

Post a Comment