Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

31 January, 2011

BN bela kebajikan rakyat - Wahbi


Caption: IKHLAS...Tr.Jembat Merebat (Tr.Dit, Debak) menerima cek daripada Dr Wahbi sambil disaksikan oleh Penghulu Kadam, Penghulu Kifrawi dan Anthony Jiram pada majlis itu.


DEBAK, Isnin (31 Jan) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa membela kebajikan hidup penduduk luar bandar agar mereka mampu menikmati kemajuan hidup seperti yang dinikmati oleh penduduk bandar dari masa ke semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junadi berkata demikian ketika berucap ringkas pada sesi lawatan kerja ke Rumah Dit, Debak dalam Bahagian Betong kelmarin.

Usaha ini katanya dibuktikan menerusi penyaluran peruntukan bernilai bilion ringgit bagi kerja pembinaan kemudahan asas, perhubungan dan infrastruktur untuk penduduk luar bandar dalam negeri ini termasuk kawasan Saribas.

“Penduduk di kawasan Saribas juga tidak ketinggalan dari segi arus pembangunan yang dibawa oleh kerajaan walaupun faedahnya mula dinikmati sedikit demi sedikit dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar penduduk di kawasan Saribas untuk terus mendokong BN agar kesemua pembangunan berkenaan dapat dilaksanakan dengan penuh lancar oleh kerajaan selepas ini,” katanya.

Selain itu Wahbi juga mahu penduduk untuk lebih bijak bagi menilai mana-mana dakwaan yang sering dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap kerajaan pimpinan BN selama ini.

Katanya dakwaan yang dilemparkan oleh pihak tertentu mengenai keburukan kerajaan BN selama ini adalah untuk tujuan politik dan bukannya mampu menyumbang kepada kenaikan taraf hidup mereka selepas itu.

“Sayugia diingatkan bahawa hanya kerajaan BN mampu memberi kemajuan terhadap hidup mereka pada masa akan datang dan bukannya pihak tertentu yang hanya mampu melemparkan fitnah terhadap kerajaan selama in,” katanya.

Terdahulu Wahbi telah menyampaikan geran bernilai RM10,000 bagi membantu kerja meratakan tanah serta penambahan rumah oleh penduduk Rumah Dit serta RM6,000 lagi untuk kerja pemasangan bekalan air paip yang baru di rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Penghulu Kadam anak Ot, Penghulu Abang Kifrawi Abang Rukaili dan Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Rimbas Ili, Anthony Jiram anak Ot.

Tamat.

No comments:

Post a Comment