Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 January, 2011

Harden mahu kemuka lima isu panas utama di Sri Aman kepada PM pada 6 Februari ini


Caption: PENGHARGAAN...Serit (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Harden (kanan) sambil disaksikan oleh Mong (belakang tiga kiri) dan Masir (belakang dua kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Rabu (19 Jan) – Lima buah isu projek pembangunan yang melibatkan penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang akan diketengahkan semula kepada Kerajaan Pusat untuk tujuan pertimbangan pada 6 Februari ini.

Wakil rakyatnya, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Info Bestari dan perasmian mesin pelerai padi bertempat di Rumah Romeo Serit anak Menggong, Munggu Demam, Batu Lintang, Sri Aman hari ini.

“Lima isu terbabit adalah cadangan untuk menaiktaraf loji rawatan air Empango Bayai, cadangan projek pembinaan hospital baru Sri Aman, naiktaraf jalan sepanjang 25 kilometer Undop – Ulu Paku Batu Lintang, projek pembinaan semula Kubu Alice, Kolej Latihan Perguruan dan institusi pendidikan di Sri Aman.

“Kesemua lima buah isu terbabit akan saya ketengahkan sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila berlangsung pertemuan antara wakil rakyat sarawak dengan beliau di Putrajaya pada 6 Februari ini nanti,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah berharap agar Kerajaan Pusat memberi perhatian serius terhadap kelima-lima isu pembangunan yang menyelubungi penduduk di Sri Aman selepas pertemuan itu kelak.

Justeru langkah penyelesaian segera oleh pihak Kerajaan Pusat berhubung isu pembangunan ini kata Harden secara tidak langsung akan menghalang niat pihak tertentu yang gemar menjadi isu terbabit sebagai subjek politik ketika berlangsung pilihan raya.

Terdahulu beliau menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Romeo Serit.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Fachiro Ferdianshah Abdillah, wakil Jabatan Pertanian Sri Aman, Chana Langkan, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment