Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 January, 2011

Program Gawai Burung di Ibol 5 hingga 6 Mac ini




Caption: PENERANGAN...Michael John (kiri) bersama Pegawai Publisiti Persatuan Ketua Masyarakat Iban Sri Aman, Tr Kanselor Sawing Sumar (kanan) ketika ditemui media.


SRI AMAN, Sabtu (22 Jan) – Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman akan menganjurkan Program Gawai Burung bertempat di Rumah Ringgit anak Bayang, Ibol, Sri Aman bermula dari 5 hingga 6 Mac ini.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman, Michael John Sanggop ketika ditemui memberitahu program ini bertujuan untuk mempromosi budaya Iban dan adat resam kaum Iban kepada golongan generasi muda.

“Program ini merupakan salah satu daripada usaha pihak kita untuk mempertahankan budaya dan adat resam kaum Iban yang kini kurang mendapat perhatian golongan generasi muda pada masa sekarang.

“Kita berharap program ini akan dapat menyedarkan golongan generasi muda akan betapa pentingnya usaha memelihara adat resam dan budaya kaum masing-masing agar ia tidak pupus pada masa akan datang,” katanya.

Pihak persatuan kata beliau telah merancang pelbagai aktiviti menarik bersempena dengan program ini bermula 5 hinga 6 Mac kelak antaranya ialah Nimang Pandong, Pertandingan Mewarna, Tarik Tali dan Pekit Kumang untuk peserta berumur 18 hingga 30 tahun.

Justeru orang ramai dijemput untuk hadir ke Rumah Ringgit, Ibol, bagi sama-sama memeriahkan program berkenaan bermula dari jam 9 pagi pada tarikh yang telah dinyatakan dalam berita ini.

“Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis telah dijemput untuk patron dan seterusnya merasmikan Program Gawai Burung berkenaan,” katanya.

Dijangka hadir sama ialah Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, Senator Dorris Brodi dan Pengerusi Majlis Adat Istiadat Negeri Sarawak, Datuk Lee Tangai.

Tamat.

No comments:

Post a Comment