Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 January, 2011

Fourty Top juara Pertandingan Dart Double Penjara Pusat Sri Aman 2011



Caption:

1.UNTUK ALBUM...Para pemain bergambar kenangan ketika berlangsungnya Kejohanan Dart Double Tertutup 2011 di Penjara Pusat Sri Aman malam tadi.

2.TAHNIAH...Achon (kanan) menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang sebaik sahaja tamat pertandingan itu.

- 20 Jan

Pasukan Fourty Top (RKK) nyata membuktikan kehebatan mereka apabila muncul sebagai juara bagi Pertandingan Dart Double Tertutup 2011 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Sri Aman malam tadi.

Fourty Top yang dianggotai oleh Abdul Rahman Seron dan Baharuddin Shaidi muncul juara setelah berjaya menewaskan pasukan Bunkiss (RKK) pada perlawanan akhir pertandingan ini.

Kemenangan ini membolehkan pasangan Rahman dan Baharudin membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 dan piala untuk setiap seorang menerusi pertandingan berkenaan.

Manakala itu pasukan naib johan iaitu Bunkiss yang dianggotai oleh Buang Ahmad dan Kisamudin Kiprawi pula membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM75 dan piala untuk setiap seorang.

Kedudukan tempat ketiga dalam pertandingan ini pula disandang oleh pasukan Gaban 2 (Azlan Ahmad dan Ismail Rosli) yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM40 manakala pasukan Sesco A (Wan Habib Wan Sait dan Abdul Hadi Mohd) pula menduduki tempat keempat dengan memperoleh wang tunai bernilai RM30.


Hadiah berupa hamper bagi pemenang yang memperoleh balingan ‘First Bull Eyes Check’ dalam pertandingan ini telah dimenangi oleh Hasrol Ramli dari pasukan Sokanjaya "A".

Kesemua hadiah kepada pasukan pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sri Aman iaitu TPP Achon anak Tadeng yang seterusnya menutup rasmi pertandingan berkenaan malam tadi.

Terdahulu sejumlah 26 buah pasukan mengambil bahagian dalam Pertandingan Dart Double Tertutup 2011 yang berlangsung dari 18 hingga 19 Januari 2011 di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment