Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 January, 2011

BN berpengalaman teraju kerajaan, Harden


Caption: RASMI..Harden (depan dua kanan) sambil diapit oleh (dari kanan) Majuan, Desmond, Masir dan Tr Kendawang ketika menyempurnakan upacara memotong kek pada majlis itu.

Pix by Patrick Michael

SRI AMAN, Jumaat (21 Jan) – Rakyat boleh meletakkan kepercayaan seratus peratus mereka terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menaiktaraf hidup mereka selepas ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya BN harus dipercayai rakyat berdasarkan kepada rekod mereka dalam menaiktaraf kebajikan hidup mereka menerusi perlaksanaan projek pembangunan di negeri ini semenjak 30 tahun lepas.

“Perlaksanaan Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) misalannya menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan taraf hidup rakyat negeri dalam tempoh 15 tahun akan datang.

“Usaha ini tidak termasuk peruntukan berbilion ringgit bagi menjayakan projek penanaman komersial, penyediaan kemudahan projek bekalan elektrik, bekalan air bersih, jalan raya dan banyak lagi,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Rumah Kendawang, Nangga Klassen, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau mahu rakyat di kawasan luar bandar Sri Aman untuk meneruskan sokongan padu masing-masing terhadap kerajaan BN menjelang pilihan raya negeri ini nanti.

“Tidak dinafikan bahawa pihak pembangkang sudah mula berkempen di kawasan DUN Simanggang untuk meraih sokongan politik daripada rakyat untuk tujuan pilihan raya negeri kelak.

“Justeru saya menasihatkan rakyat agar menolak kehadiran mereka jika masih sayangkan segala projek pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan BN untuk mereka selepas ini,” katanya.

Harden mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 untuk rumah panjang terbabit. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan, Penguasa Jabatan Tanah dan Ukur Sri Aman, Majuan Jeraie, para ketua kaum dan kakitangan kerajaan di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment