Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 January, 2011

Mendiang Umpi Belasan selamat dikebumi di Sutong


SAYU... Mayat mendiang Umpi anak Belasan, 56, dari Taman Siang, Sri Aman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Anglican, Sri Aman, sambil disaksikan oleh para saudara dan rakan taulan pada hari Ahad lepas. Mendiang Umpi, Guru Besar SK Saint Mark, Batu Genting, Betong terbunuh setelah kenderaan yang dipandu bersama isteri, Catherine Sindu, 49, berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Penerangan Bahagian Sarikei di kawasan San Raba Engkilili pada 7 Januari lepas. Mendiang yang dikatakan hampir bersara daripada perkhidmatan pendidikan dikatakan sedang dalam perjalanan dari Betong menuju pulang ke Sri Aman sebelum berlakunya kejadian itu. - 13 Jan, Julius Bunan

No comments:

Post a Comment