Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 January, 2011

TBS Sri Aman sumbang Musholla


Caption: TERIMA KASIH...Aien (kiri) berjabat dengan Shamshul (kanan) dihadapan sumbangan Musholla ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

Oleh:

Bukhari Ibnu

ibnu.bukhari@yahoo.com

SRI AMAN, Jumaat (21 Jan) – Penjawat awam beragama Islam yang berkhidmat di jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam Bandar Sri Aman diingatkan agar menunai kewajipan berzakat masing-masing menerusi Skim Zakat Potongan Gaji selepas ini.

Pengurus Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman, Shamshul Bahri Manap berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kelengkapan Asas Bagi Musholla (Surau) kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bahagian Sri Aman kelmarin.

Katanya mereka yang menunaikan kewajipan untuk berzakat secara tidak langsung akan memperoleh faedah yang dapat memberi ketenangan serta penyucian dalam penggajian mereka dari masa ke sesama.

“Malahan penjawat awam beragama Islam yang menunaikan kewajipan ini juga akan memperoleh keberkatan dalam penggajian masing-masing. Justeru diharap agar golongan ini sentiasa menunaikan kewajipan berzakat dari masa ke semasa,” katanya.

Shamsul juga menekankan bahawa masjid dan surau perlu mendaftar di bawah seliaan Majlis Islam Sarawak (MIS) agar segala bentuk keperluan, aktiviti, sumbangan atau khidmat nasihat dapat disalurkan dengan mudah oleh pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan TBS kepada mereka selepas itu.

Terdahulu beliau telah menyampaikan sumbangan Musholla terbabit kepada Ketua Penolong Pegawai Penguatkuasa (KPPP) JPJ Sri Aman iaitu Abang Aien Abang Bolhil bagi menjayakan inisiatif yang telah diusahakan oleh pihaknya bagi memudahkan kakitangan JPJ beragama Islam menunaikan solat di samping memakmurkan aktiviti kerohanian mulai sekarang.

Pegawai Naqib dari Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman (PAIB) iaitu Ustaz Isselahuddin bin Kamri turut memberi taklimat berhubung prosedur pendaftaran masjid dan surau ketika menghadiri majlis berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment