Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 January, 2011

Majlis Sivik Silaturahim di Kpg Muhibah pada 29 Jan ini

SRI AMAN, Selasa (18 Jan) – Jabatan Penerangan Malaysia Sri Aman akan mengadakan Majlis Sivik Silaturahim (OKS) bertempat di Masjid Darul Asyikirin Kampung Muhibbah Sri Aman pada 29 Januari ini nanti.

Turut diadakan pada majlis yang akan bermula pada jam 8.30 pagi itu nanti ialah Program Gotong-Royong yang melibatkan sejumlah sembila buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong iaitu Saini bin Bojeng mengumumkan perkara terbabit menerusi kenyataan berita yang difakskan kepada Utusan Sarawak kelmarin.

“Majlis sivik silaturahim ini bertujuan untuk menyebar dasar pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap penduduk berbilang kaum dalam kawasan Bandar Sri Aman.

“Justeru diharap agar penduduk mudah faham terhadap dasar pembangunan BN selepas itu. Kita mengharapkan segala projek pembangunan dapat dilaksana dengan mudah dengan adanya program seumpama ini,” katanya.

Majlis ini nanti kata Saini akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara penduduk dari sembilan buah JKKK dalam kawasan DUN Simanggang dengan adanya program gotong-royong itu nanti.

“Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis akan merasmikan majlis itu nanti dan semua penduduk dari sembilan buah JKKK dapat hadir beramai-ramai pada masa yang dinyatakan di atas,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment