Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 January, 2011

Ikan Semah 15 kilo tewas ditangan Naga Alam


Caption: BERJAYA...Naga ketika menunjukkan hasil tangkapan ikan Semah seberat 15 kilogram menerusi aktiviti memancing di Batang Ai kelmarin.

LUBOK ANTU, Jumaat (7 Jan) – Hasil tangkapan aktiviti memancing yang menarik sudah semestinya akan meredakan tekanan dan penat lelah bagi mana-mana kakitangan kerajaan yang meluangkan masa bekerja selama lapan jam sehari.

Keseronokan dan rasa puas terhadap terhadap hasil memancing ini akan lebih terasa dikalangan kakitangan kerajaan yang bekerja di kawasan luar bandar dalam kawasan pelosok negeri ini.

Kelmarin, Utusan Sarawak berkesempatan menemui seorang kakitangan Pos Imigresen Lubok Antu iaitu Nelson Naga Alam yang berjaya memperoleh seekor ikan Semah seberat 15 kilogram ketika memancing sebaik sahaja tamat waktu bekerja.

“Saya sering meluangkan masa memancing ikan di sebuah kawasan lubok, dalam kawasan Sungai Batang Ai berdekatan dengan pejabat kami (Pos Imigresen) sebaik sahaja tamat bekerja pada waktu petang selama ini.

“Selama ini saya sering mendapat ikan Kaloi dan Jelawat hasil aktiviti memancing. Namun tidak sangka pula rezeki saya cukup baik untuk kali ini apabila berjaya mendapat ikan Semah seberat 15 kilogram di kawasan lubok berkenaan,” katanya.

Ikan Semah kata Naga menjadi idaman bagi setiap kaki pancing di kawasan Batang Ai, Lubok Antu berdasarkan kepada kelazatan rasa dagingnya dan nilai harga daging ikan berkenaan di pasaran.

Dengan kata lain mendapat ikan Semah seberat 15 kilogram di kawasan lubok itu kata Naga adalah merupakan rezeki yang jarang diperoleh oleh mana-mana kakitangan kerajaan di Lubok Antu sebelum ini.

“Bagaimanapun kawasan Batang Ai menawarkan banyak rezeki alam semulajadi selagi kita menghormati keindahan alam sekitar di kawasan ini untuk sepanjang masa,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment