Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 January, 2011

Pelatih PDK Sri Aman dirai sempena Tahun Baru Cina



Caption:

1.IKHLAS...Lim (kanan) sedang menyampaikan hamper kepada Adris (kiri) sambil disaksikan oleh Kapitan Kuek (dua kanan), kakitangan PDK dan ahli Chee Chuan Khor pada majlis itu.

2. UNTUK ALBUM...Lim (lima kanan) bersama Sammy (kanan sekali), Adris (tengah) dan Kapitan Kueh (kiri) ketika merakamkan gambar kenangan bersama pelatih OKU, kakitangan PDK dan ahli Chee Chuan Khor pada majlis berkenaan.


SRI AMAN, Khamis (13 Jan) – Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga nyata tidak dipinggirkan oleh semua pihak bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Ia terbukti apabila Pertubuhan Meninggikan Akhlak atau lebih dikenali juga sebagai Chee Chuan Khor Simanggang telah menyampaikan angpow dan hamper kecil kepada 48 orang pelatih OKU di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman hari ini.

Sumbangan oleh Pergerakan Wanita Chee Chuan Khor Simanggang ini telah disampaikan oleh pengerusinya Lim Siang Ngo kepada Pengerusi PDK Sri Aman iaitu Adris bin Sulong.

Lim ketika ditemui memberitahu sumbangan angpow dan hamper kepada pelatih PDK berkenaan secara tidak langsung akan dapat menceriakan lagi golongan terbabit menjelang sambutan Tahun Baru Cina kelak.

“Chee Chuan Khor Simanggang sentiasa memainkan peranan kebajikannya terhadap mana-mana golongan penduduk yang amat memerlukan perhatian orang ramai dalam kawasan Sri Aman.

“Sumbangan seperti ini umpamanya sentiasa kita lakukan sekali setahun. Justeru kami berharap agar golongan pelatih OKU di PDK Sri Aman tidak merasa terpinggir acapkali menjelang perayaan besar di Sri Aman dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Chee Chuan Khor Simanggang, Kapitan Kueh Aik Seng, Penyelia PDK Sri Aman, Sammy Law, para ahli pergerakan wanita Chee Chuan Khor Simanggang dan kakitangan PDK Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment