Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 January, 2011

Pra TBC terasa di Sri Aman



Caption: MULA DIJUAL...Tanglong mula dijual di kedai See Brothers iaitu penjual akhbar Utusan Sarawak bersempena dengan sambutan TBC dalam bandar Sri Aman.


SRI AMAN, Jumaat (28 Jan) – Menjelang 3 dan 4 Februari ini seluruh masyarakat Cina akan berkumpul bersama dengan ahli keluarga dan para sahabat handai masing-masing demi memeriahkan lagi suasana sambutan perayaan Tahun Baru Cina (TBC) 2011.


Justeru tinjaun Utusan Sarawak di sekitar bandar Sri Aman mendapati bahawa rata-rata masyarakat Cina mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai perayaan TBC yang bakal disambut pada hari Isnin ini.


Seorang pekerja lombong, Chai Min Sen, 29, berkata sambutan TBC kali ini cukup bermakna untuk diri beliau memandangkan ianya adalah peluang untuk bertemu kembali dengan ahli keluarga dan para sahabat handai yang sudah lama bekerja di negeri lain.


“Semasa sambutan TBC inilah saya akan berpeluang untuk duduk berbual bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang sudah lama bekerja di negeri orang dan jarang pulang ke rumah.


“Perayaan ini hanya diadakan sekali dalam setahun maka manfaatkanlah peluang untuk memeriahkan lagi sambutan TBC 2011 bersama ahli keluarga dan rakan-rakan,” katanya.


Bagi Lim Siew Poh, 51, beliau dan keluarganya tidak berbelanja terlalu banyak wang untuk memeriahkan lagi suasana sambutan TBC bagi tahun ini.

Katanya, masyarakat perlu mengelak pembaziran ketika mengadakan sambutan TBC memandangkan mereka perlu cekap menguruskan kewangan apabila berakhirnya sambutan perayaan berkenaan.


Salah seorang peniaga, Raymond Sim, 42, dia berharap agar sambutan TBC pada tahun ini bukan sahaja disambut oleh masyarakat Cina namun sama-sama dimeriahkan oleh masyarakat berbilang kaum di negeri ini.


“Saya berpendapat bahawa ada baiknya perayaan TBC ini disambut bersama-sama oleh semua masyarakat berbilang kaum di negeri ini seperti Melayu dan Dayak demi mengeratkan lagi hubungan perpaduan di antara kaum,” katanya.


Sementara itu tinjauan Utusan Sarawak di sekitar bandar Sri Aman hari ini mendapati bahawa rata-rata pasaraya utama di bandar ini belum lagi dipenuhi oleh para pengunjung kaum Cina.


Utusan Sarawak difahamkan oleh setengah orang ramai bahawa pasaraya di bandar Sri Aman ini hanya akan mula penuh sehari sebelum berlangsungnya perayaan Tahun Baru Cina ini kelak.


Tamat.....

No comments:

Post a Comment