Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 January, 2011



Caption:

1. MULA TUGAS...Jaleha ketika sedang memulakan kerja mendidik kanak-kanak di Tabika KEMAS Kampung Tengah Betong pada 3 Januari lepas.

2. BAPA MITHALI...Kopral Abang Daud sedang mengenakan pakaian tabika kepada anaknya sebelum bermula sesi persekolahan di situ.

Saleman Senin

BETONG, Khamis (6 Jan) – Suasana hari pertama sesi pembelajaran kanak-kanak pra sekolah turut dirasai di Betong dengan adanya kemasukan murid baru ke Tabika KEMAS Kampung Tengah Betong dan Tabika KEMAS Kampung Masjid Betong pada pada 3 Januari lepas.

Tinjauan mendapati kemeriahan terasa menerusi kerenah dan gelagat yang ditampilkan oleh kanak-kanak yang datang mendaftar diri ke kedua-dua pusat tabika berkenaan bersama ibubapa masing-masing.

Riak wajah yang ceria, sedih dan tidak kurang juga menangis terpapar pada sebahagian kanak-kanak sehingga memaksa ibubapa duduk menunggu di tabika ini untuk melayan kerenah mereka.

“Ada ibubapa yang sanggup menunggu anak hingga tamat waktu kelas dan ada juga yang terpaksa membawa anak balik lebih awal daripada yang lain kerana tidak mahu memaksa anak mereka untuk terus menangis.

“Ini gelagat biasa anak-anak yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan. Ia menuntut kesabaran ibubapa yang buat pertama kali menghantar anak-anak memasuki pra sekolah pada tahun ini,” kata seorang penduduk iaitu Saleman Senin.

Sementara itu Pemaju Tabika Kemas Kampung Tengah Betong, Dayang Jaleha Abang Mahdi, memberitahu Tabika Kemas kampung Tengah Betong merupakan sebuah pusat pendidikan awal yang menjadi tumpuan para ibubapa untuk menghantar anak mereka bagi menimba ilmu sebagai asas permulaan alam persekolahan.

Tabika ini katanya terbahagi kepada dua iaitu untuk kanak-kanak berusia lima tahun dan sebuah lagi untuk kanak-kanak berusia enam tahun dengan had kelulusan pendaftaran seramai 25 orang bagi satu musim pembelajaran.

“Dua buah kelas ini mempunyai seorang tenaga pengajar yang berpengalaman. Di sini pihak kita amat mementingkan asas pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan kanak-kanak mengenali serta menguasai asas pendidikan awal selepas ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa kanak-kanak dijara berpandukan kurikulum yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Kemas dan kurikulum daripada Jabatan Pelajaran selain mendidik mereka untuk mengenali huruf serta angka.

Justeru beliau berharap agar ibubapa dapat memberi kerjasama kepada pihak Tabika untuk mempertingkatkan taraf pendidikan anak masing-masing dengan memberi perhatian kepada mereka ketika berada dirumah,” katanya.

Tamat.

original news source: betongnews1.blogspot.com

No comments:

Post a Comment