Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 January, 2011

Program Info Bestari harus diperluas - Romeo Serit


Caption: SOKONGN INFO...Tr Romeo ketika ditemuramah oleh pihak media pada majlis berkenaan.


SRI AMAN, Isnin (24 Jan) – Program Info Bestari dianggap mampu menjana minda penduduk luar bandar dalam negeri ini khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Perkara ini dinyatakan oleh Tuai Rumah Rome Serit ketika ditemuramah oleh media ketika berlangsungnya Program Info Bestari di rumah panjang beliau iaitu Munggu Demam, Batu Lintang, baru-baru ini.

“Sebagai contoh minda penduduk Munggu Demam beranjak lebih positif dengannya ada pembaharuan ilmu semenjak program info bestari dimulakan di rumah panjang ini pada tahun 2007 lepas.

“Kini penduduk Munggu Demam sudah lebih faham terhadap dasar pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di kawasan Batu Lintang pada masa sekarang,” katanya.

Justeru beliau menyokong penuh tindakan kerajaan untuk memperluas program info bestari ke mana-mana rumah panjang dalam kawasan DUN Simanggang demi kebaikan penduduk selepas ini.

“Saya yakin jika program ini diperluas maka usaha kerajaan untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan dalam kawasan DUN Simanggang tidak akan menghadapi masalah selepas ini,” katanya.

Terdahulu Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis telah merasmikan majlis berkenaan sambil disaksikan oleh Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment