Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 January, 2011

Kerajaan boleh rosak jika pembangkang tak over, dakwa Talip

Caption: 1MALAYSIA...Talip (tengah) sambil diapit oleh Mong (kiri), Simoi (kanan) dan Rahman (lima kanan) ketika bergambar kenangan di hadapan papan jadual Benak yang baru bersama ketua kaum dan ketua jabatan pada program itu.


SRI AMAN, Isnin (10 Jan) – Kerajaan akan ‘rosak’ jika diambilalih oleh pihak pembangkang selepas pilihan raya kelak demikian menurut Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Datuk Haji Talip Zulpilip.

Menurut beliau berlaku banyak kes yang telah dilakukan oleh pihak pakatan pembangkang di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini antaranya ialah tidak menghormati perlembagaan negara, menghina sultan, menipu rakyat (dakwaan mengenai 16 September) dan banyak lagi.

“Lagipun berlaku banyak kekecohan antara komponen parti pembangkang di dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diteraju oleh mereka selama ini. Ia sekaligus membuktikan bahawa pihak pembangkang tidak layak memegang tampuk pentadbiran kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gotong-Royong Membersihkan Kubu Alice dan Tapak Pelancongan Sri Aman bertempat di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.

Selain itu Talip menerusi ucapannya juga berharap agar rakyat di Sri Aman mengamalkan budaya memelihara tapak warisan bersejarah dalam kawasan masing-masing dari masa ke semasa.

“Nilai sejarah yang terdapat pada Kubu Alice misalannya perlu dihormati oleh semua rakyat di kawasan Sri Aman dengan menjaga kebersihan serta tidak merosakkan mana-mana komponen yang terdapat pada kubu terbabit.

“Justeru keutuhan Kubu Alice perlu dijaga oleh semua rakyat sementara menanti kerajaan merangka pelan untuk mengekalkan keadaan kubu terbabit sebagai warisan pelancongan dalam Bandar Sri Aman selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, Pengarah Muzim Sarawak, Ipoi Datan, Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Haji Mudin dan pegawai kerajaan yang lain.

Program Gotong-Royong Membersihkan Kubu Alice dan Tapak Pelancongan Sri Aman yang disertai lebih daripada 200 orang pegawai kerajaan, persatuan serta ketua kaum ini adalah anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment