Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 January, 2011

Galak pembelajaran budaya jana 1Malaysia kata Harden




Caption:

1. 1MALAYSIA...Harden (belakang enam kanan) ketika merakamkan gambar kenangan bersama para penari Tarian Singa dan Temenggung Tan (kiri beliau) pada program itu kelmarin.

2. MENARIK...Harden ketika penari Tarian Singa ketika berlangsungnya program di Tua Pek Kong Simanggang kelmarin.

Pix by Patrick Michael

SRI AMAN, Rabu (26 Jan) – Setiap kaum digalak untuk mengenali dan mempelajari budaya dan adat resam antara satu sama lain bagi menjayakan perlaksanaan konsep 1Malaysia selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata demikian ketika berucap ringkas pada Upacara 1 Painting The Eye Of Lion sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2011 di Tua Pek Kong, Sri Aman, kelmarin.

Katanya dengan demikian perlaksanaan konsep 1Malaysia akan membawa lebih banyak makna terhadap semua penduduk berbilang kaum dalam negeri ini pada masa akan datang.

“Sebenarnya mempelajari budaya dan adat resam kaum antara satu sama lain akan memperkukuhkan lagi hubungan perpaduan yang sudah terjalin antara penduduk berbilang kaum dalam negeri ini.

“Kelebihannya di sini ialah perpaduan membolehkan kerajaan melaksana pelbagai projek pembangunan dengan lebih terurus dan lancar dalam negeri ini dari masa ke semasa,” katanya.

Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berharap agar penduduk sedar bahawa hanya menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telus maka barulah perpaduan dapat diwujudkan dalam negara ini khasnya di Sarawak.

Terdahulu Harden telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua Kaum Cina dan penari Tarian Singa bersempena dengan Upacara 1 Painting The Eye Of Lion sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2011 di Tua Pek Kong, Sri Aman berkenaan.

Hadir sama ialah Temenggung Tan Chong Meng, Pemanca Sii Toh Peng, Pengerusi Pertubuhan Meninggikan Akhlak (Chee Chuan Khor) Simanggang, Kapitan Kuek Aik Seng dan penaja program anjuran Tua Pek Kong Simanggang, Law Eng Hui.

Tamat.

No comments:

Post a Comment