Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2011

Kapten Aiemen berbakti untuk rakyat

BERBAKTI UNTUK RAKYAT...Kapten Aiemen dari 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Pakit Sri Aman sedang melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma terhadap seorang penduduk yang hadir bagi memeriahkan sambutan Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia di Rumah Kanselor Sawing Sumar, Paku Ulu Undop, Batu Lintang, Sri Aman hari ini. Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia anjuran Markas Kem 3 Briged, Angkatan Tentera Malaysia, Kuching dengan kerjasama Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang telah berlangsung di situ dari 7 hingga 9 Januari. Program yang dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis itu turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah 13 RAMD, Kem Pakit Sri Aman, Leftenan Kolonel Zawawie Adam. Pemeriksaan gigi dan pemberian ubat kesihatan secara percuma kepada penduduk turut diadakan menerusi program itu. - 8 JAN

No comments:

Post a Comment