Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 January, 2011

Karnival Belia DUN Engkilili di SK Kem Skrang 5 - 6 Mac ini


Caption: SEDIA...Rayong (DEPAN dua kiri) bersama Jawatankuasa Kerja Karnival Belia DUN Engkilili sebaik sahaja tamat mesyuarat berkenaan.

Oleh Edwin Raoh,

Utusan Borneo Sri Aman

ENGKILILI, Ahad (23 Jan) – Sekolah Kebangsaan Kem Skrang bakal menjadi tumpuan orang ramai apabila sejumlah 2,500 orang belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili bakal berhimpun di situ bermula 5 hingga 6 Mac kelak.

Kehadiran belia berumur 21 hingga 45 tahun itu nanti adalah untuk menjayakan penganjuran Karnival Mesra Belia, 1 Sarawak, 1 Belia 1 Malaysia DUN Engkilili pada tarikh yang dinyatakan di sini.

“Ini merupakan karnival yang pertama diadakan dalam negeri ini. Sasaran utama karnival ini adalah golongan belia dan orang ramai untuk sama–sama memeriahkan program terbabit di SK Kem Skrang nanti,” kata ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat penganjuran karnival yang diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) di Pekan Engkilili, baru-baru ini.

Katanya pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada karnival itu nanti antaranya ialah program mesra pemimpin, pameran agensi kerajaan / semakan daftar pemilik, gerai jualan, pertandingan sukan, senamrobik dan sukanneka, wang pacak, auto show, perkhidmatan kemasyarakatan dan persembahan pentas oleh Hattan.

Rayong menambah bahawa sejumlah 16 buah agensi kerajaan bakal mengambil bahagian dalam pameran terbuka ketika berlangsungnya Karnival Mesra Belia, 1 Sarawak, 1 Belia 1 Malaysia DUN Engkilili itu nanti.

“Acara sukaneka, sukan futsal dan pertandingan poco-poca juga bakal diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan Karnival Mesra Belia, 1 Sarawak, 1 Belia 1 Malaysia DUN Engkilili kelak.

“Justeru orang ramai dijemput bagi sama-sama memeriahkan karnival pada tarikh yang dinyatakan,” katanya sambil menambah bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil bakal merasmikan karnival terbabit kelak.

Tamat….

No comments:

Post a Comment