Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 January, 2011

Penduduk Kampung Muhibah dilemma masalah jalan rosak


Caption: PERLU PEMBAIKAN...Gambar menunjukkan lubang yang timbul di laluan kiri jalan menuju ke SK Sri Aman menerusi tinjauan hari ini.


SRI AMAN, Selasa (19 Jan) – Penduduk Kampung Muhibah merayu pihak berkuasa tempatan untuk menurap semula jalan bertar bermula dari kawasan (selepas) Masjid Darul Syakirin hingga ke persimpangan jalan menuju ke SK Sri Aman selepas ini.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli memberitahu kerja menurap semula jalan terbabit amat penting memandangkan kerosakan kecil seperti lubang sering berlaku terhadap jalan terbabit lebih dari dua tahun yang lepas.

“Pihak berkuasa tempatan sememangnya sering memperbaiki semula kerosakan kecil yang berlaku terhadap jalan raya di antara masjid dan sekolah dalam kawasan Kampung Muhibbah.

“Bagaimanapun tindakan ini tampak tidak berbaloi memandangkan kerosakan terbabit akan timbul semula disebabkan oleh kenderaan berat seperti lori selepas ia dibaiki oleh pihak berkuasa tempatan selepas itu,” menurut beliau.

Manakala itu seorang guru wanita dari SK Sri Aman pula mendakwa kerosakan kecil pada jalan raya terbabit boleh memberi kesan kerosakan jangka masa panjang untuk pengguna kenderaan di situ pada masa akan datang.

Masalah utamanya menurut beliau akan timbul apabila air hujan yang bertakung di dalam lubang berkenaan akan menyebabkan kenderaan melanggar lubang tersebut ketika berulang-alik di sepanjang laluan jalan raya itu.

“Tampal semula pun akan berlubang kembali. Jadi langkah yang paling berkesan untuk menyelesaikan masalah ini ialah menurap semula laluan jalan terbabit bermula dari kawasan Masjid Darul Syakirin hingga ke persimpangan SK Sri Aman selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment