Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 January, 2011

Ramai orang muda tak sedar potensi buah Pedada



Caption: MARI BELI...Kochek menunjukkan produk buah Pedada ketika ditemui di Pasar Tamu, MDS.


SIMUNJAN, Isnin (24 Jan) – Pokok Pedada sememangnya tidak tidak asing kepada mana-mana penduduk luar bandar memandangkan tumbuhan ini tumbuh dengan banyak di kawasan tepi pantai.

Malahan Pokok Pedada juga dianggap sebagai agen penghalang hakisan disamping mempunyai buah berbentuk seperti kubah masjid atau gasing dan turut boleh dimakan oleh penduduk.

Bagaimanapun permodenan hidup penduduk pada masa sekarang menyebabkan ramai golongan generasi muda yang tidak mengenali kelebihan dan khasiat pada Buah Pedada ini.

Seorang peniaga di Pasar Tamu Majlis Daerah Simunjan (MDS), Pekan Simunjan iaitu Kochek binti Kaplee, 56, Kampung Sungai Ba memberitahu beliau sering menjual Buah Pedada ketika berlangsungnya musim buahnya berkenaan.

“Saya mampu meraih sebanyak RM15 sehari dengan menjual buah ini pada harga RM1 setompok (10 biji) selain dari menjual sayur-sayuran tempatan seperti lemidin, “emparu” (sejenis tumbuhan liar), kangkung dan lain-lain.

“Lagipun Buah Pedada amat mudah diperoleh pada musimnya memandangkan pokok ini tumbuh dengan banyak di kawasan saya,” katanya sambil menambah Pokok Pedada akan kelihatan menarik pada malam tertentu dengan kerlipan serangga kunang-kunang yang hinggap di pokok tersebut.

Kochek turut memberitahu bahawa Buah Pedada mempunyai rasa yang masam dan sangat enak jika dijadikan sebagai ulam manakala yang sudah masak pula boleh dibuat sambal.

“Bagi sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia, Buah Pedada dapat dibuat sebagai dodol oleh penduduk di sana. Buah pedada juga mempunyai khasiat tersendiri kerana ia dipercayai mampu membakar lemak badan yang berlebihan,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment