Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 January, 2011

Lahirkan anak yang matang dari segi emosi, Mong


Caption: MANFAATKAN...Mong (kanan) menyampaikan insentif kepada seorang wakil penerima (kiri) sambil disaksikan tetamu undangan khas yang lain pada majlis itu.


PANTU, Selasa (4 Jan) – Kanak-kanak perlu dilahirkan matang dari segi emosi, berkeyakinan dan mempunyai tahap komunikasi yang tinggi sebagai langkah untuk mewujudkan golongan Anak Permata Negara pada masa hadapan.


Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang berkata adalah tidak sukar untuk melahirkan seorang kanak-kanak yang mempunyai kriteria tersebut daripada sebuah keluarga sekiranya usaha dan kerjasama diberikan oleh semua pihak.


“Usaha melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dan berkualiti secara tidak langsung akan menjadikan Malaysia antara negara termaju di dunia menjelang tahun 2020 kelak atau selepasnya,” katanya


Beliau yang juga Menteri Muda Pelancongan dan Warisan berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sambutan Hari Kristmas dan Tahun Baru 2011 Biro Pendidikan Rumah Lanchum dan JKKK Rumah Lanchum bertempat di Balairaya Kampung Sungai Tenggang, Pantu baru-baru ini.


Selain itu pendidikan yang seimbang dalam bidang agama dan akademik menurut Mong harus diberikan kepada anak-anak kerana ia bukan sahaja dapat mewujudkan kecemerlangan pendidikan malahan kecemerlangan akhlak anak-anak itu sendiri.

“Kanak-kanak berumur bawah enam tahun contohnya berhak menerima pendidikan awal kerana ia mampu mencorakkan masa depan kanak-kanak melalui pemikiran bernas, kematangan dan nilai-nilai keagamaan yang murni,” katanya.

Justeru Mong mahu ibubapa lebih serius memberikan pendidikan yang seimbang dalam diri anak-anak memandangkan negara akan maju secara sia-sia jika penduduknya tidak berdisiplin dan tidak mengamalkan sikap menghormat-hormati di antara satu sama lain.

Terdahulu Mong telah menyampaikan insentif yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM4,500 kepada 64 penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, penuntut sijil / kolej, diploma dan penuntut ijazah sarjana muda.

Tamat.

No comments:

Post a Comment