Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 January, 2011

Daftar lebih ramai OKU - Adris


Mug shot: ADRIS SULONG


SRI AMAN, Khamis (13 Jan) – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman mahu lebih ramai golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam kawasan Sri Aman didaftarkan ke pusat terbabit selepas ini.

Pengerusi PDK Sri Aman, Adris bin Sulong ketika ditemui memberitahu tujuan ini akan membolehkan lebih ramai di antara mereka menerima bantuan daripada kerajaan atau pihak swasta dari masa ke semasa.

“PDK Sri Aman sehingga kini mempunyai sejumlah 66 orang pelatih berdaftar. 48 orang daripada jumlah ini adalah mereka yang masih aktif menghadiri sesi pemulihan di aktiviti di pusat kami.

“Bagaimanapun saya percaya masih terdapat ramai OKU di kawasan Bahagian Sri Aman. Penyertaan mereka ke dalam PDK bergantung sepenuhnya kepada ibubapa mereka atau orang ramai yang mahu turun padang untuk mendaftarkan mereka selepas ini,” katanya.

Selain itu Adris juga berkata bahawa masalah pengangkutan dan jarak menyebabkan masih ramai golongan pelatih OKU berdaftar tidak aktif dalam menghadiri pelbagai sesi serta aktiviti di PDK Sri Aman selama ini.

Masalah ini menurut beliau membabitkan golongan pelatih OKU berdaftar dari Lubok Antu dan mana-mana kawasan luar bandar yang tidak mempunyai pusat PDK sehingga sekarang.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bercadang untuk membina PDK di kawasan yang tidak mempunyai pusat berkenaan di kawasan sekarang. Saya percaya jika cadangan ini dilaksana maka masalah terbabit akan dapat diselesai pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Pergerakan Wanita Chee Chuan Khor Simanggang telah menyampaikan sumbangan berupa angpow dan hamper kepada 48 orang pelatih OKU di PDK Sri Aman bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Chee Chuan Khor Simanggang, Kapitan Kueh Aik Seng, Pengerusi Pergerakan Wanita Chee Chuan Khor Simanggang, Lim Siang Ngo, Penyelia PDK Sri Aman, Sammy Law, para ahli pergerakan wanita Chee Chuan Khor Simanggang dan kakitangan PDK Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment