Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 January, 2011

Pohon projek besar menerusi JKKK kata Hajah Nancy




Caption:

1.PENERANGAN...Hajah Nancy sedang memberi penjelasan mengenai dasar pembangunan kepada penduduk pada majlis itu.

2. MANFAATKAN...Nancy (tengah) bergambar kenangan bersama tetamu khas dan penerima tong sampah kitar pada majlis itu.


SIMUNJAN, Jumaat (21 Jan) – Permohonan bercorak pembangunan hendaklah dihantar kepada kerajaan menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing selepas ini dan bukannya bersifat perseorangan.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Hajah Nancy Syukrie berkata permohonan yang dihantar menerusi JKKK mencerminkan keinginan sebulat suara oleh semua pihak dan bukannya atas kepentingan peribadi.

“Setiap projek pembangunan yang diberi oleh kerajaan seharusnya dapat memberi faedah kepada semua penduduk di bawah JKKK itu dan bukannya untuk kepentingan seorang pemohon.

“Oleh yang demikian saya meminta semua penduduk untuk bersepakat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan pembangunan yang mereka mahu daripada kerajaan menerusi JKKK di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Perjumpaan Pembangunan Bersama Penduduk Kawasan Parlimen P200 Batang Sadong di Dewan Mesra Majlis Daerah Simunjan pada 19 Januari lepas.

Selain itu pihak JKKK kata Nancy juga perlu mengemukakan permohonan projek yang mempunyai nilai kos tinggi kepada pihak Majlis Daerah Simunjan, Pejabat Daerah Simunjan atau mana-mana agensi yang berkaitan.

“Ahli Parlimen juga tidak dapat mempertimbangkan semua permohonan seperti ini atas sebab bidang kuasa yang terhad. Justeru permohonan projek seperti pembinaan parit konkrit, jalan raya dan lain-lain boleh dikemukakan kepada pihak yang dinyatakan selepas ini,” katanya.

Walau bagaimanapun beliau boleh membantu mengemukakan projek pembangunan yang dipohon oleh JKKK berkenaan ke mana-mana agensi yang berkaitan bagi tujuan pertimbangan.

Nancy juga mahu JKKK mengemukakan semula mana-mana permintaan yang mungkin tidak terdapat dalam senarai yang sudah ada pada beliau untuk tujuan pertimbangan semula.

Terdahulu beliau pada majlis itu telah menyempurnakan majlis penyerahan tong sampah kitar semula yang disumbangkan oleh Majlis Daerah Simunjan (MDS) kepada pengetua, guru besar, wakil tiga buah sekolah menengah dan enam buah sekolah rendah di kawasan Batang Sadong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment