Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 January, 2011

Promosi Karnival 1Belia DUN Engkilili diperhebat


Caption: SERIUS...Ruth (tengah) ketika sedang mempengerusikan mesyuarat publisiti karnival belia di RTM Sri Aman hari ini.


SRI AMAN, Isnin (24 Jan) – Promosi penganjuran Karnival Mesra Belia, 1 Sarawak, 1 Belia 1 Malaysia DUN Engkilili bermula 5 hingga 6 Mac ini nanti di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Skrang, Engkilili akan mula diperhebat mulai sekarang.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman selaku jawatankuasa publisiti karnival berkenaan telah mengadakan mesyuarat bersama pihak Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman, Jabatan Penerangan Daerah Sri Aman serta Utusan Sarawak dan Utusan Borneo di bilik mesyuarat RTM Sri Aman hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh pemangku Penerbit Bahagian Rancangan RTM Sri Aman @ RaSA FM, Ruth Apong telah dihadiri oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman, Osman Rosli, wakil Jabatan Penerangan Sri Aman, Stanley Clearence Eddie, wakil Utusan Sarawak, Valentine Ngumbang dan wakil Utusan Borneo, Edwin Raoh.

Manakala itu RTM Sri Aman pada mesyuarat berkenaan pula telah diwakili oleh Ruth sendiri selaku pengerusi mesyuarat bersama Rosita Ampong, Catherine Tiong dan Noriati Haji Saufi.

Pelbagai perkara telah disentuh menerusi mesyuarat itu dan beberapa buah cadangan telah dikemukakan bagi menarik kedatangan seramai 5,000 orang penduduk ke karnival itu nanti.

Antara rancangan ini ialah pemasangan sejumlah enam buah banner di kawasan Sri Aman hingga ke simpang Lubok Antu oleh Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman, penyebaran risalah ke rumah panjang oleh Jabatan Penerangan Sri Aman serta banyak lagi.

Manakala pihak media cetak pula menyatakan jaminannya untuk mempromosi pelbagai aktiviti yang bakal diadakan menerusi Karnival Mesra Belia, 1 Sarawak, 1 Belia 1 Malaysia DUN Engkilili itu nanti.

Terdahulu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil bakal merasmikan karnival terbabit kelak seperti yang diumumkan oleh ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa pada sesi mesyuarat dua hari lepas.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada karnival itu nanti antaranya ialah program mesra pemimpin, pameran agensi kerajaan / semakan daftar pemilik, gerai jualan, pertandingan sukan, senamrobik dan sukanneka, wang pacak, auto show, perkhidmatan kemasyarakatan dan persembahan pentas oleh Hattan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment