Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 January, 2011

Kenny dan Lo - Pasangan kahwin campur pertama di Sri Aman bagi 2011


Caption: SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU...Kenny (tengah) bersama isteri, Lo (kiri) ketika meraikan ucap selamat bersama ibubapa dan hadirin pada majlis perkahwinan berkenaan.


SRI AMAN, Khamis (20 Jan) – Status kaum yang berbeza nyata tidak menghalang Kenny Gani anak Elison, 22, untuk melafazkan ikrar sehidup semati bersama pasangannya Lo Lee Fung menerusi majlis perkahwinan yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman pada 18 Januari lepas.

Walaupun tampak biasa namun kelebihannya di sini ialah Kenny dan Lo merupakan pasangan pengantin berlainan kaum yang pertama melangsungkan perkahwinan mereka secara besar-besaran di Bandar Sri Aman bagi tahun ini.

Jejaka berketurunan Iban ini adalah merupakan anak kedua kepada pasangan Elison Lingoh dan isteri, Helen Koh yang menjalankan perniagaan restoran di Jalan Hospital, Bandar Sri Aman.

Semenjak dipertemukan dengan gadis berketurunan Cina iaitu Lo Lee Fung pada pertengahan tahun lepas, kedua-dua mereka akhirnya bersepakat untuk hidup sebagai pasangan suami isteri menerusi majlis yang disaksikan lebih 500 orang hadirin.

Kenny yang mempunyai kemahiran teknikal dan pendidikan dalam bidang masakan ini dijangka akan memulakan operasi perniagaannya bersama isteri iaitu Lo dalam tempoh terdekat kelak.

Terdahulu majlis yang bermula seawal jam 6.30 petang itu nyata dimeriahkan dengan jamuan makan malam, persembahan nyanyian karaoke, sesi bergambar bersama hadirin dan juga sesi pengenalan pasangan pengantin.

Kesemua hadirin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan berkenaan sehingga majlis perkahwinan antara Kenny dan Lo tamat sepenuhnya menjelang jam 9.30 malam selepas itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment