Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 January, 2011

Sertai Liga Sri Aman 2011 pada 19 Februari ini! - Sapri


Mugshot: WAN SAPRI WAN ABDULLAH

- 20 Jan

Bandar Sri Aman sekali lagi bakal dimeriahkan dengan Kejohanan Liga Bola Sepak Sri Aman 2010 anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (SAFA) pada 19 Februari ini nanti.

Justeru Timbalan Presiden SAFA, Wan Sapri bin Wan Abdullah memperlawa semua persatuan, pertubuhan, kelab jabatan dan agensi kerajaan dari seluruh Bahagian Sri Aman untuk menyertai kejohanan liga ini menerusi tarikh yang dinyatakan.

“Padang Lama, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman akan menjadi gelanggang utama kejohanan kali ini yang bakal membabitkan penyertaan pasukan dari daerah kecil Lingga, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu.

“Borang penyertaan kejohanan ini akan mula dibuka kepada semua pasukan bermula 26 Januari ini dengan bayaran yuran penyertaan berjumlah RM700,” katanya sambil menambah bahawa tarikh turup penyertaan kejohanan ini adalah pada 16 Februari kelak.

Selain itu kata Sapri, kejohanan kali ini akan menawarkan hadiah tunai bernilai RM5,000 untuk pasukan juara, RM3,000 untuk pasukan naib juara, RM1,500 kepada pasukan pemenang tempat ketiga dan RM500 untuk pemenang tempat ke empat.

Juara dan naib juara bagi kejohanan berkenaan kata Sapri akan mewakili Sri Aman ke Kejohanan Liga Juara-Juara Sarawak yang dijadual akan berlangsung bermula 1 hingga 9 Oktober tahun ini di Kuching.

“Lapan pasukan terpilih dari Kejohanan Liga Bola Sepak Sri Aman akan layak untuk merebut kejuaraan bagi Kejohanan Bola Sepak Piala YB Datuk Francis Hollis pada bulan April kelak.

“Mereka yang berminat untuk menyertai Liga Sri Aman ini boleh menghubungi saya di talian 013-8015572 atau menghubungi Setiausaha Kehormat SAFA iaitu Zaidil Haji Ripin di talian 013-5673629,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa pihak SAFA turut merancang untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Persatuan Bola Sepak dengan kerjasama Persatuan Tenis Bumitera Sri Aman pada bulan Jun tahun ini bagi mengumpul dana untuk persatuan.

Terdahulu Kejohanan Bola Sepak Liga Veteran Sri Aman yang disertai sebanyak empat buah pasukan dari kawasan ini bakal melabuhkan tirai perlawanannya bermula 22 hingga 23 Januari kelak di Padang Lama KPSU Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment