Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 January, 2011

Tinjau sesi persekolahan hari pertama tadika SJK Chung Hua Pantu






Caption: MULA SEKOLAH...Para ibu kelihatan menemani anak-anak yang memulakan sesi persekolahan di kelas tahun 1, pra sekolah SJK Chung Hua Pantu kelmarin.

PANTU, Selasa (4 Jan) – Hari persekolahan anak-anak bagi tahun 2011 termasuk mereka yang menuntut di sekolah menengah, sekolah rendah dan kelas pra sekolah telah bermula secara rasminya kelmarin.

Sudah semestinya ibubapa menanti hari persekolahan baru anak-anak bagi tahun 2011 ini dengan membuat persiapan membeli pakaian sekolah, peralatan belajar dan sebagainya untuk anak masing-masing bermula akhir tahun lepas.

Utusan Sarawak menerusi tinjauan rambang mendapati berlaku pelbagai ragam mencuit hati dikalangan murid ketika bermula sesi persekolahan hari pertama bagi Kelas Tahun 1 Tadika Pra Sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Pantu kelmarin.

Di antara mereka dilihat meronta dan menangis gara-gara tidak mahu dibawa oleh mereka memasuki kelas tadika manakala sebahagian lagi pula cepat mendapat kawan baru dengan menawarkan makanan ringan yang dibawa oleh diri masing-masing.

Seorang ibu ketika ditemui memberitahu anak lelakinya tampak cukup bersemangat ketika dibawa oleh beliau dan bapanya untuk membeli beg dan pakaian sekolah untuk kegunaan persekolahan kelmarin.

“Perkara lucu di sini ialah anak saya pada mulanya semangat mahu bersekolah dan apabila tiba masa untuk pertama kali masuk kelas, dia meronta pula mahu pulang,” katanya.

Bagaimanapun si ibu berpendapat bahawa anak-anak akan bertindak sedemikian sebelum mereka mula mendapat rakan baru dan mula mendapati keseronokan untuk belajar di kelas tahun 1 pra sekolah.

Seorang lagi ibu berasa gembira kerana anaknya tidak menangis ketika pertama kali memasuki kelas 1 pra sekolah di SJK Chung Hua Pantu sebaliknya mudah mendapat rakan baru dalam kelas tersebut.

“Anak saya tidak mahu menyuruh saya menemaninya dalam kelas. Alasannya mudah sahaja iaitu dia bersama rakan-rakan mahu belajar di kelas bersama guru tanpa ‘gangguan’ ibubapa,” katanya.

Terdahulu para ibu dilihat menemani anak-anak yang memulakan sesi pembelajaran Tahun 1 di kelas pra sekolah SJK Chung Hua Pantu bermula kelmarin hingga ke hari ini bagi membantu para guru menyesuaikan diri anak-anak di kelas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment