Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 January, 2011

Kakitangan Majlis Daerah Simunjan dinasihat untuk lebih proaktif


Caption: JASAMU DIKENANG...Norhalimah (kiri) ketika menyampaikan cenderamata kenang-kenangan terhadap Bujang (kanan) pada majlis itu.

SIMUNJAN, Selasa (4 Jan) – Kakitangan Majlis Daerah Simunjan dinasihat untuk bekerja dengan lebih proaktif untuk sepanjang tahun 2011 ini demi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan terhadap penduduk Simunjan.

Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Hajah Norhalimah binti Haji Hamni semua kakitangan majlis perlu bertindak mengubah sikap secara rela dengan paradigma baru bersempena dengan ketibaan tahun 2011 ini.

“Paling penting ialah semua kakitangan Majlis Daerah Simunjan cekap mencari ruang untuk menaikkan prestasi diri masing-masing bagi sepanjang perkhidmatan tahun 2011 ini.

“Dengan berbuat demikian saya yakin Majlis Daerah Simunjan akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk dari segala segi. Penduduk akan menghormati kita sekiranya segala kerja berjaya diurus dengan baik selepas ini,” katanya.

Terdahulu Norhalimah telah menyempurnakan Majlis Jamuan Perpisahan untuk Bujang bin Bojet yang bakal bersara setelah berkhidmat selama 34 tahun sebagai Pembantu Kesihatan Awam di situ selepas ini.

Beliau meminta Bujang untuk meneruskan hubungannya dengan pihak kakitangan Majlis Daerah Simunjan bagi memperhebatkan lagi usaha menaiktaraf hidup penduduk Simunjan di masa akan datang.

“Bekas pesara Majlis Daerah Simunjan dialu-alukan untuk terus menjalin hubungan dengan pihak kita dari masa ke semasa. Jasa mereka terhadap Majlis Daerah Simunjan akan terus dikenang selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment