Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 January, 2011

Harden minta SOP dan ADK di Batu Lintang adakan sesi dialog pasal NCR bersama penduduk

SRI AMAN, Rabu (19 Jan) – Penduduk luar bandar harus menjaga dan menghargai segala kemudahan atau peralatan yang diberi secara percuma oleh kerajaan kepada mereka selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis memberitahu pemberian peralatan seperti mesin pelerai padi dan mesin pemproses getah keping oleh kerajaan harus dijaga dengan baik agar semua pihak dapat menggunakan mesin tersebut dari masa ke semasa.

“Pemberian peralatan dan kemudahan secara percuma kepada penduduk luar bandar adalah merupakan salah satu usaha pihak kita kerajaan yang membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menaiktaraf hidup mereka selama ini.

“Justeru saya berharap agar kesemua peralatan ini dijaga dengan baik dari masa ke semasa. Semua penduduk harus menyemai sikap bertanggungjawab jika mahu peralatan percuma dapat diguna untuk jangka masa lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Info Bestari dan perasmian mesin pelerai padi bertempat di Rumah Romeo Serit anak Menggong, Munggu Demam, Batu Lintang, Sri Aman hari ini.

Selain itu Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang juga berharap agar pihak pemaju sawit di Batu Lintang, Sri Aman dapat mengadakan dialog bersama penduduk berhubung kerja penyukatan tanah mereka menerusi pelan inisiatif terbaru NCR (Tanah Hak Adat Bumiputera) selepas ini.

“Saya yakin kerja penyukatan tanah NCR milik penduduk Batu Lintang Sri Aman termasuk mereka yang terlibat dalam projek penanaman sawit akan dapat berjalan dengan lancar jika sesi dialog dapat diadakan selepas ini,” katanya.

Terdahulu beliau menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Romeo Serit.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Fachiro Ferdianshah Abdillah, wakil Jabatan Pertanian Sri Aman, Chana Langkan, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment