Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 January, 2011

Lelaki nyaris dibaham buaya di Engkilili




Caption:

1. NGERI...Mangsa menunjukkan kesan luka akibat serangan buaya terbabit ketika tiba di Hospital Bahagian Sri Aman hari ini.

2. SINILAH TEMPATNYA...Penduduk menunjukkan lokasi serangan buaya terhadap pihak media.


ENGKILILI, Rabu (12 Jan) – Seorang lelaki Warga Emas dari Rumah Sibat, Jelukong, Engkilili nyaris dibaham buaya dalam kejadian yang berlaku di Sungai Lemanak, Engkilili awal pagi hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Ilik anak Intai, 55, sedang mengayuh perahu bersama isterinya menuju ke kebun di sungai berkenaan pada jam 7.30 pagi sebelum berlakunya kejadian terbabit.

“Ketika saya dan isteri, Gani anak Jinba menghampiri kawasan tebing sungai, seekor buaya tiba-tiba muncul (dari dalam sungai) dan terus membaham mangsa di kawasan lengan tangan kanan.

“Saya kemudiannya diseret oleh buaya terbabit ke dalam sungai. Ketika bergelut, saya memukul buaya terbabit dengan menggunakan pengayuh perahu sehingga berjaya melepaskan diri daripada gigitan reptilia ganas tersebut,” kata mangsa ketika ditemui di Hospital Bahagian Sri Aman hari ini.

Mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dari situasi berbahaya ini kemudiannya berjalan kaki bersama isteri menuju pulang ke rumah sebelum dihantar oleh saudaranya ke Hospital Bahagian Sri Aman.

Manakala itu isteri mangsa tidak mengetahui panjang buaya terbabit namun mendakwa bahawa ukuran lebar badan buaya berkenaan mungkin menjangkau hampir tiga kaki.

Terdahulu, mangsa bersama isterinya berhasrat untuk membina sebuah pondok sementara di kebun milik mereka untuk menantikan buah durian yang hampir masak sebelum berlaku serangan buaya berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment