
BERBAKAT...Juruhebah Bahagian Iban, Stesen RaSA FM atau RTM Sri Aman iaitu Stonton James Jaga, 26, kelihatan sedang melayan kerenah pendengar setia menerusi lintas langsung radio ketika jadual bertugas beliau dari jam 12 tengahari hingga 3 petang hari ini. Stonton, dari Rumah Jubang, Sebangki Panjai, Lubok Antu yang lebih mesra dengan panggilan Uncle Stone di corong radio selama ini merupakan salah seorang daripada enam orang juruhebah Bahagian Iban, RaSA FM antaranya ialah Edwin Nanggah, Ruth Apong, Rolana Gilbert, Janta Nyanggai dan Stephanie Jeff. Rancangan Bahagian Iban dari RaSA FM boleh didengar oleh penduduk pada setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 1 petang dan disambung semula dari jam 2 petang hingga 3 petang menerusi frekuansi 89.5 Mega hertz. - 7 Jan
No comments:
Post a Comment