Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 January, 2011

Pertandingan Dart Berpasangan Penjara Pusat Sri Aman 18 - 19 Januari ini


Mugshot: AZLAN AHMAD


SRI AMAN, Selasa (4 Jan) – Penjara Pusat Sri Aman akan menganjurkan Pertandingan Dart Berpasangan Tertutup Sri Aman 2011 bertempat di dewan serbaguna jabatan penjara terbabit bermula 18 hingga 19 Januari ini.

Jurucakap penganjur, Azlan Ahmad ketika ditemui memberitahu Pertandingan Dart Berpasangan Tertutup Sri Aman 2011 ini terbuka kepada semua penduduk yang menetap di kawasan Sri Aman.

“Tujuan utama Pertandingan Dart Berpasangan Tertutup ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk disamping memperkenalkan Jabatan Penjara serta sukan Dart dikalangan penduduk.

“Malahan pertandingan ini juga akan membolehkan pihak kami mempromosi pelbagai produk yang dihasilkan oleh penghuni Penjara Pusat Sri Aman ketika berlangsungnya pertandingan itu nanti,” katanya.

Selain itu katanya Pertandingan Dart Berpasangan ini terhad kepada 32 pasukan dan akan dilaksana menerusi sistem mata 501 berpandukan kepada tiga set perlawanan bermula 18 hingga 19 Januari ini.

“Pasukan yang muncul sebagai juara Pertandingan Dart Berpasangan Tertutup Sri Aman 2011 akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM200 beserta dengan piala,” katanya.

“Manakala pasukan naib johan pula akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM75. Pasukan pemenang tempat ke-3 serta ke-4 masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50 dan RM30,” katanya.

Justeru mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dengan bayaran RM20 daripada beliau sendiri di talian 083-322161 sambungan 30 atau daripada Bahtiar Junaidi di talian 012-8816042 sebelum tarikh tutup pertandingan pada 17 Januari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment