Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 January, 2011

Peniaga kueh Pau nyaris maut kemalangan di Betong


Caption: MALANG TAK BERBAU...Kenderaan Toyota Hiace yang diguna oleh dua orang peniaga pau terjunam ke dalam lurah di Betong kelmarin.

Saleman The Senin

BETONG, Rabu (26 Jan) – Nasib menyebelahi dua orang peniaga yang terlepas daripada sebarang kecederaan setelah kenderaan yang mereka naiki terjunam ke dalam lurah menerusi kejadian kemalangan yang berlaku di Betong pada lewat pagi kelmarin.

Sumber memberitahu kedua-dua peniaga roti ini sedang menggunakan kenderaan Toyota Hiace apabila tayar kiri bahagian hadapan kenderaan tiba-tiba meletup di kilometer 42, Jalan Betong – Sarikei.

“Senario ini menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terjunam ke dalam lurah sedalam empat meter,” kata sumber sambil menambah bahawa kedua-dua mereka sedang dalam perjalanan menuju ke Pusa dari arah Kuching sebelum berlaku kemalangan berkenaan.

Bagaimanapun senario kemalangan akan tampak berbeza sekiranya mangsa melanggar tiang Telekom yang nyaris dilanggar oleh kedua-dua mereka pada kejadian kemalangan berkenaan.

Terdahulu sumber turut memberitahu bahawa satu kejadian kemalangan buruk membabitkan kenderaan Toyota Unser dilaporkan pernah berlaku di kawasan berkenaan sebelum ini.

“Dahulu pernah berlaku kejadian tayar pecah yang melibatkan kenderaan jenis Toyota Unser di tempat berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya kematian dan kecederaan serius terhadap pemandu serta penumpangnya.

“Lagipun sebuah lori pengangkut tong gas juga pernah melanggar sepasang suami isteri yang sedang menunggang motosikal di lokasi ini juga. Kedua-dua suami isteri itu mati serta-merta di lokasi kejadian,” katanya.

Justeru sumber menasihatkan pengguna kenderaan untuk lebih berhati-hati ketika melintasi kawasan terbabit walaupun jalan itu tampak lurus dan mempunyai tiga lorong untuk pengguna kenderaan di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment