Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

31 January, 2011

BN dapat peroleh keputusan cemerlang jika perpaduan politik dikekalkan


Caption: SIMBOLIK...Mong (kanan) bersama Masir (kiri) ketika membuka paip air sebagai simbolik perasmian kemudahan berkenaan baru-baru ini.

PANTU, Isnin (31 Jan) – Barisan Nasional (BN) mampu memperoleh keputusan cemerlang bagi pilihan raya negeri dalam Bahagian Sri Aman jika politik perpaduan mampu dikekalkan dikalangan penduduk di sini dari masa ke semasa.

Menteri Muda Pertanian, Mong anak Dagang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Perasmian Bekalan Air Paip anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sri Aman di Rumah Senabong, Kubau Ili, Pantu, baru-baru ini.

Katanya politik perpaduan telah membolehkan Sri Aman berkembang maju dari segi pembangunan apabila penduduknya bersatu-padu dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

“Faktor ini sebenarnya membolehkan kami wakil rakyat BN dalam Bahagian Sri Aman untuk terus berkhidmat terhadap penduduk bagi merancakkan lagi proses pembangunan di kawasan mereka dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar keadaan seperti ini dapat terus dikekalkan oleh penduduk demi membolehkan BN memperoleh keputusan cemerlang di semua kawasan DUN dalam Sri Aman pada pilihan raya negeri ini nanti,” katanya.

Selain itu Mong yang juga Menteri Muda Pelancongan dan Warisan berkata gelombang pembangunan pesat yang melanda penduduk dalam kawasan bandar negeri ini turut memberi tempias kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Ini katanya secara tidak langsung telah membuktikan bahawa penduduk tidak tersilap dalam memilih kerajaan yang mampu merangka dasar pembangunan sistematik demi kesenangan hidup penduduk semenjak dari dulu.

Terdahulu Ahli Parlimen Sri Aman iaitu Masir Kujat bersama Walikota Sri Aman, Piau anak Ingkot dan Pegawai Parlimen JASA Bahagian Sri Aman, Whelton Lumpoi hadir sama pada majlis itu.


Tamat...

No comments:

Post a Comment