Mugshot: FACHIRO PERDIANSYAH
SRI AMAN, Ahad (23 Jan) – Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sri Aman akan menganjurkan Program Info Bestari bertempat di Rumah Masir anak Gaong, Peruan, Sri Aman pada 28 Januari ini.
Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Fachrio Perdiansyah Abdillah ketika dihubungi memberitahu program yang mendapat kerjasama Komuniti 1Malaysia Kampung Pangkat Stumbin akan berlangsung pada jam 9 pagi.
“Tujuannya ialah untuk membolehkan pihak kita menyebar dasar pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada penduduk yang bakal hadir pada Program Info Bestari ini nanti.
“Kita percaya dengan adanya penganjuran program seperti itu, semua penduduk akan lebih muda faham terhadap usaha pembangunan yang kerajaan lakukan terhadap mereka selama ini,” katanya.
Selain itu Program Info Bestari ini juga menurut beliau membolehkan penduduk di kawasan Undop untuk mengenali wakil rakyat masing-masing dengan lebih dekat ketika berlangsungnya program terbabit.
Fachiro turut menambah bahawa Program Info Bestari bertempat di Rumah Masir anak Gaong itu nanti akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri.
“Justeru diharap agar program ini nanti dapat merapatkan hubungan penduduk dengan kerajaan BN demi kebaikan pembangunan dalam kawasan penempatan masing-masing selepas ini,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment