Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

31 January, 2011

Perpaduan elemen penting - Ricky Mohd Razi


Caption: SERIUS...Razi ketika berucap pada majlis berkenaan di Masjid Darul Solihin, Kampung Bungey, Debak.


DEBAK, Selasa (1 Feb) - Perpaduan merupakan elemen penting bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan hidup rakyat dari masa ke semasa demikian tegas Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak (LAKMD), Ricky Mohd Razi Sitam.

Katanya sekiranya konsep hubungan perpaduan berkenaan dapat dikekalkan serta dipertahankan maka isu pertelingkahan dan perselisihan faham antara rakyat berbilang kaum dalam negeri ini akan dapat dielakkan.

“Selain daripada tanggungjawab kerajaan dalam mengekalkan keharmonian negara selama ini, rakyat itu sendiri sebenarnya wajib memainkan peranan bagi menjamin keharmonian negara dari masa ke semasa.

“Oleh itu bagi menjamin keharmonian negara maka saya menyeru kepada semua pihak agar tidak memainkan isu-isu sensitif termasuk perkauman selepas ini,” katanya ketika berucap ringkas pada lawatan kerja ADUN Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi ke Masjid Darul Solihin Kampung Bungey, Debak baru-baru ini.

Selain itu Razi juga menyeru semua pihak untuk belajar dan mengambil ikhtibar terhadap masalah pertelingkahan antara kaum yang berlaku di mana-mana negara dunia sehingga sekarang.

Masalah pertelingkahan antara kaum menurut beliau secara tidak langsung akan membantutkan segala usaha pembangunan untuk rakyat yang cuba dirancang oleh negara selepas itu.

“Dalam isu konsep 1 Malaysia adalah penting memandangkan semua rakyat di negara kita di gelar sebagai bangsa "MALAYSIA" tanpa mengira agama, warna kulit mahupun keturunan,” katanya.

Terdahulu Wahbi telah menyampaikan geran bernilai RM10,000 bagi membantu kerja meratakan tanah serta penambahan rumah oleh penduduk Rumah Dit serta RM6,000 lagi untuk kerja pemasangan bekalan air paip yang baru di rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Penghulu Kadam anak Ot, Penghulu Abang Kifrawi Abang Rukaili dan Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Rimbas Ili, Anthony Jiram anak Ot.

Tamat.

No comments:

Post a Comment