Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

31 January, 2011

Syarikat Tianglaju Service akan dirikan kilang hasil baja ikan di Batang Ai tidak lama lagi


Caption: RASMI SUDAH...Harden (kiri sekali) bersama Nyalau (dua kiri), Mussen (tiga kanan) dan Peter (kanan sekali) ketika bergambar dihadapan banner program berkenaan hari ini.


BATANG AI, Isnin (31 Jan) – Masalah penternakan ikan sangkar dikalangan pengusaha tempatan dari sekitar kawasan Batang Ai, Lubok Antu bakal diselesaikan tidak lama lagi apabila syarikat Tianglaju Service Sdn Bhd bakal membina kilang penghasilan makanan (baja) ikan di situ dalam masa terdekat kelak.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis mengumumkan perkara ini ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program Permodenan Pengeluaran Makanan di Batang Ai bertempat di Stesen Perikanan Darat, Lubok Antu hari ini.

“Kilang ini nanti dijangka dapat membekalkan baja ikan kepada pengusaha ikan sangkar tempatan di kawasan Batang Ai selepas ia dibina berdekatan dengan empangan hidroelektrik Batang Ai selepas ini.

“Kelebihannya ialah kilang terbabit mampu membekalkan baja ikan yang lebih murah kepada pengusaha dan sekaligus mengurangkan kos pembelian baja ikan dari Kuching oleh golongan terbabit sebelum itu,” katanya.

Selain itu beliau juga memberitahu bahawa kehadiran syarikat Tianglaju Service juga dapat menyumbang kepada pemberian khidmat nasihat dan pembelian ikan secara langsung daripada pengusaha ikan sangkar itu sendiri.

Disebabkan oleh perkara ini, Harden tidak mahu agar pengusaha ikan sangkar di Batang Ai menganggap bahawa kehadiran syarikat Tianglaju bakal mengugat kedudukan industri penternakan ikan sangkar di kawasan mereka pada masa akan datang.

“Harapan sekarang kerajaan ialah agar kemasukan syarikat Tianglaju di Batang Ai ini akan membolehkan kita mencapai sasaran pengeluaran sejumlah 40,000 tan ikan bagi memenuhi keperluan makanan negara dan seterusnya dieksport ke luar negeri pada masa akan datang.

“Kini kita hanya mampu mengeluarkan sejumlah 7,000 tan ikan. Justeru saya berharap agar usaha penternakan ikan sangkar secara besar-besaran oleh syarikat Tianglaju Service akan dapat berjalan dengan lancar apabila ia mulai beroperasi kelak,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen anak Lamoh dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak, Peter Umak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment