ORIGINALLY UNTUK RUANGAN STAIL / RENCANA.
TARIKH KARANGAN: NOVEMBER 2010
Caption:
1. MENARIK...Antara pakaian yang ditawarkan kepada pencinta fesyen di Butik Conteng milik John Paris di Selangor.
2. KENANGAN MANIS...John (tengah) bersama dua orang peragawatinya ketika berlangsung persembahan fesyen di luar negeri pada tahun lepas.
- 17 Jan
Nama John Paris anak Kasa mungkin kurang asing di telinga penduduk dalam negeri ini khasnya bagi kawasan Sri Aman.
Bagaimanapun nama Paris sebenarnya cukup gah dikalangan pereka fesyen tanahair semenjak tahun 2003 dahulu disebabkan pembabitan beliau dalam perusahaan Batik Conteng di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor.
Berasal dari Rumah Wilson Bana, Po-Ai Dau, Melugu, Sri Aman, Paris nyata amat mencintai dunia fesyen walaupun masih menjawat jawatan Pengurus Citibank Berhad (ibupejabat) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur hingga sekarang.
“Cinta saya terhadap dunia fesyen sudah bermula pada tahun 2002 ketika bekerja sebagai Consultant dan Prime Designer secara ‘part time’ di Butik Conteng, Amcorp Mall, Selangor.
“Semenjak itu saya mula berjinak-jinak dalam bidang perakaan fesyen sehingga membeli Butik Conteng daripada pemilik asalnya pada tahun 2005 dan mula memperkembangkan industri fesyen terbabit hingga masa sekarang,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.
Selain itu Paris juga melahirkan rasa bangganya memiliki butik ini memandangkan Butik Conteng pernah tersiar dalam akhbar Star Metro pada 1 Ogos 2003 (koleksi butik unik), News Straits Times pada 7 Mei 2004 (persembahan fesyen kostum India dengan batik moden) dan Berita Harian pada 4 Mac 2006 (ruangan spa dan butik).
Malahan beliau sendiri juga pernah dipilih sebagai lima pereka batik terbaik untuk mewakili Malaysia di Majlis Pelancaran Produk Avon (24 September 2004), berkoleborasi dengan TV3 sebagai penaja Rancangan Herbs Secret pada tahun 2007 dan mewakili Malaysia sebagai Young Arena Designer Associate di Kuala Lumpur pada 5 November tahun lepas.
“Kini saya masih lagi aktif melibatkan diri dalam dunia fesyen dan berharap agar mampu melangkah jauh lagi dalam bidang ini pada masa akan datang,” katanya yang juga pernah diundang untuk mengendalikan persembahan fesyen di Dewan Suarah Sri Aman pada tahun lepas.
Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan dan pengalaman kejayaan John Paris boleh menghubungi beliau sendiri di talian 03-79562028, 019-3101892 atau 012-9379298 selepas ini.
Tamat.
We (Richmind International Development Limited) are a professional garment manufacturer specializing in making ladies' causal fashions in knit and woven. Our company is registered in Hong Kong since 1998 and our factory is located at Xiaolan Town of Zhongshan City, Guangdong Province of China. We have been working for the brands such as Sportsgirl, Sussan, Quiksilver (of Australia), Cortefiel (of Spain) and also some other world renounced brands.
ReplyDeleteWe can provide OEM services for our customers to produce the garments with their own brand and designs. Customers who are interested to set up their own fashion collections would be very welcome to contact us. We are happy to provide our competitive price quotation and professional advice to our customers' own designs, materials/fabrications, measurements and embellishment.
Kong Hon Loong
Chief Business Coordinator (Kuala Lumpur)
Tel: 012 329 5268
Emai: konghonloong@hotmail.com