Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

31 January, 2011

James take over KPD Lubok Antu daripada Bidol berkuatkuasa mulai 1 Februari


Caption: SELAMAT TUGAS...Bidol (kiri) menyerahkan dokumen tugas kepada James (kanan) sambil disaksikan oleh Firdaus pada majlis itu hari ini.


ENGKILILI, Selasa (1 Feb) – Deputy Superitenden Police (DSP) James anak Johnathan kini sah memegang jawatan Ketua Polis Daerah Lubok Antu daripada DSP Bidol anak Noyeng berkuatkuasa mulai hari ini.

James telah mengambilalih jawatan terbabit menerusi upacara serahtugas yang berlangsung di Bilik Gerakan IPD Lubok Antu / Engkilili hari ini semenjak jawatan itu diambilalih oleh Bidol daripada DSP George Merejok semenjak tiga bulan lepas.

Majlis upacara serahtugas yang bermula pada jam 10 pagi itu turut disaksikan oleh Ketua Jabatan Jenayah Komersial Sarawak iaitu Superitenden (Supt) Mohd Firdaus Abdullah, para pegawai kanan dan anggota pangkat rendah IPD Lubok Antu.

Terdahulu, James, 39, dari Saratok yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor telah menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Disember 1997 sebagai Kadet ASP.

Beliau telah memulakan tugas pertamanya sebagai SIO Jabatan Siasatan Jenayah di IPD Johor setelah tamat latihan mulai 24 Ogos 1998 hingga 8 Disember 2005 sebelum mengikuti kursus Diploma Sains Siasatan di Maktab PDRM Cheras sehingga 31 Mei 2007.

Setelah tamat kursus Diploma Sains Siasatan di Maktab PDRM Cheras, James kemudiannya ditukar ke Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sebagai ASP siasatan kes samun.

Beliau kemudiannya berpindah tempat tugas ke IPD Kuching sebagai SIO Jenayah pada 1 April 2009 setelah berkhidmat sebagai ASP siasatan kes samun di IPK Negeri Sembilan selama dua tahun.

Pada 13 Oktober 2010, James yang mempunyai seorang isteri dan dua orang anak ini kemudiannya telah dinaikkan pangkat ke DSP sebelum mengambilalih jawatan Ketua Polis Daerah Lubok Antu daripada Bidol pada hari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment