Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 January, 2011

Isu RES di Engkilili selesai kata Nyalau


Caption: SELESAI...Nyalau (tiga kanan), Dr Rayong (tiga kanan) dan Jack (dua kanan) ketika bersama wakil SALCRA, Shorefield dan penduduk rumah panjang terbabit.


ENGKILILI, Selasa (19 Jan) – Masalah perlaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) yang membabitkan penduduk dari enam buah rumah panjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili kini sudah berjaya diselesaikan.

Terdahulu telah timbul masalah mengenai perlaksanaan RES bernilai RM3 juta yang membabitkan 500 penduduk dari Rumah Atet, Titok Ulu, Rumah Gawan, Nibong, Rumah Manja, Bunu Beging, Rumah Lampas, Titok Ulu dan Rumah Manggat, Titok Ulu atas sebab yang tidak dapat dinyatakan di sini.

Ia diselesaikan menerusi perbincangan yang melibatkan Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), Shorefield dan wakil dari rumah panjang terbabit di bilik mesyuarat Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili kelmarin.

“Perbincangan empat mata ini bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan cadangan perlaksanaan projek RES terhadap enam buah rumah panjang berkenaan akan menjadi kenyataan.

“Justeru diharap agar perbincangan empat mata ini akan memberi harapan menggunung terhadap penduduk dari enam rumah panjang berkenaan yang mahu menikmati kemudahan RES selepas ini,” kata Nyalau kepada pemberita selaku pengerusi mesyuarat berkenaan.

Beliau juga berharap agar masalah ini nanti tidak akan dijadikan sebagai isu oleh mana-mana pihak yang sengaja mahu meraih kepentingan politik peribadi menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Pegawai Daerah Lubok Antu iaitu Jack Aman Luat dan para ketua kaum dari sekitar kawasan Engkilili.

Tamat….

No comments:

Post a Comment