Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 January, 2011

Pesta Benak Sri Aman dicadang 17 hingga 19 April 2011 - Rahman



MUGSHOT : ABUDL RAHMAN SEBLI


SRI AMAN, Isnin (10 Jan) – Pejabat Residen Sri Aman telah memohon daripada pihak Kementerian Pelancongan untuk menganjurkan Pesta Benak 2011 di Sri Aman pada 17 hingga 19 April tahun ini.

Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli bin Sanusi berkata demikian ketika berucap pada Program Gotong-Royong Membersihkan Kubu Alice dan Tapak Pelancongan Sri Aman bertempat di Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.

“Cadangan untuk menganjurkan Pesta Benak Sri Aman 2011 bermula 17 hinga 19 April ini telah pihak kita hantar kepada pihak kementerian untuk tujuan kelulusan selepas ini.

“Bagaimanapun jika terdapatnya sebarang perubahan pada tarikh penganjuran untuk Pesta Benak ini maka pihak kita akan menurut. Paling penting ialah Pesta Benak dapat diadakan di Sri Aman pada tahun ini,” katanya.

Selain itu beliau juga melahirkan kekecewaannya terhadap sikap segelintir penduduk yang sukan menceroboh dan menganggu struktur dalam bangunan Kubu Alice Sri Aman selama ini.

Kata Rahman, terdapat tanda pencerobohan yang dilakukan oleh pihak berkenaan dan ia sekaligus dapat mengugat usaha kerajaan untuk memperbaiki dan memelihara Kubu Alice selepas ini.

“Pihak kita sememangnya sentiasa berusaha untuk memulih dan mencantikkan semula Kubu Alice selama ini menerusi pelbagai pelan yang kita hantar kepada kerajaan selama ini.

“Justeru pihak kita berharap agar kerajaan dapat meluluskan pelan pembaikan semula Kubu Alice selepas ini demi memantapkan lagi industri pelancongan di kawasan Sri Aman,” katanya.

Program ini dirasmikan oleh Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Datuk Haji Talip Zulpilip. Hadir sama ialah Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, Pengarah Muzim Sarawak, Ipoi Datan dan Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Haji Mudin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment