Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 January, 2011

Luah senang, pratik susah - Loo


Caption: TAHNIAH...Fizon (kanan) menyampaikan sijil kepada seorang penerima (kiri) sambil disaksikan oleh Loo (tengah) pada majlis itu.


BETONG, Sabtu (22 Jan) – Pihak pembangkang nyata mudah meluahkan kehendak mereka kepada rakyat demi kepentingan politik namun gagal mempratikkan kehendak terbabit sebaik sahaja mereka berjaya mengambilalih kerajaan selepas itu.

Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Loo Yeng Peng berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Pengurusan Pertubuhan Siri 1 / 2011 anjuran Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Sarawak di Kompleks Kerajaan Negeri, Betong hari ini.

Perkara ini katanya terbukti apabila Kerajaan Negeri Selangor yang diteraju oleh pihak Pakatan Rakyat (PR) gagal mempratikkan kehendak mereka terhadap rakyat seperti yang pernah dijanjikan oleh mereka pada pilihan raya negeri dahulu.

“Isu yang timbul di Selangor harus dijadikan sebagai ikthibar oleh rakyat di sini. Dengan kata lain hanya kerajaan BN sahaja yang mampu mengubah pembangunan hidup mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Selain itu Loo juga meminta semua pertubuhan untuk sama-sama membantu kerajaan bagi memajukan hidup rakyat menerusi perlaksanaan konsep 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan selepas ini.

“Inilah yang kerajaan mahukan. Perpaduan yang wujud dikalangan rakyat berbilang kaum akan membolehkan Sarawak terus pesat membangun di bawah teraju kerajaan Barisan Nasional (BN) di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah JPPM, Haji Fison bin Yahaya, Pengarah JPPM Sarawak, Ken Leben, Timbalan Setiausaha Bahagian Keselamatan Dalam egerui, Wong Lee Hua dan James Anggat iaitu Setiausaha Sulit Kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri Douglas Uggah Embas.

Terdahulu Kursus Pengurusan Pertubuhan Siri 1 / 2011 anjuran JPPM Sarawak yang melibatkan penyertaan lebih 300 individu dari 44 buah persatuan ini telah dikendalikan oleh Joseft Unsong, Edwin Ranchang dan Maimunah Rosli.

Tamat.

No comments:

Post a Comment