Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 January, 2011

Pejabat Residen Sri Aman lancar program gotong royong bersihkan Kubu Alice pada 10 Jan ini

SRI AMAN, Khamis (6 Jan) – Kesedaran terhadap betapa pentingnya penjagaan khazanah sejarah yang terdapat di Kubu Alice Sri Aman akan dipertingkat dengan adanya kempen gotong-royong membersihkan kawasan terbabit pada 10 Januari ini.

Jurucakap penganjur ketika dihubungi memberitahu tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dikalangan penduduk Sri Aman bagi menjaga khazanah bersejarah Kubu Alice dari masa ke semasa.

“Kubu Alice merupakan warisan sejarah yang tidak ternilai untuk semua penduduk dalam Bandar Sri Aman kerana ia menunjukkan kewujudan pemerintahan dinasti Brooke di sini pada abad ke-19 dahulu.

“Justeru Program Gotong-Royong Kebersihan Kubu Alide dan Tapak Pelancongan Sri Aman pada 10 Januari ini adalah merupakan salah satu usaha pihak kita bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Program yang bermula pada jam 10 pagi itu katanya akan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi sebelum ucapan seterusnya oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang katanya akan meneruskan ucapan selepas Harden sebelum program ini dirasmikan oleh Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Datuk Haji Talip Zulpilip.

“Simbolik perasmian program ini pelancaran Papantanda Fenomena Benak oleh Talip. Selepas itu barulah kempen gotong-royong membersihkan kawasan kubu ini dimulakan oleh semua pihak,” katanya.

Beliau ketika dihubungi berharap agar program berkenaan berjaya dilaksana dengan lancar bagi menyemai semangat cintakan khazanah sejarah dalam kawasan Sri Aman pada masa akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment