Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 January, 2011

Mayat mendiang Walter selamat dikebumi



Caption: DALAM KENANGAN....Gambar menunjukkan mendiang Walter (dua kanan) ketika menyaksikan pada majlis penyerahan cek luar bandar NSTP pada bulan Februari tahun lepas. Turut kelihatan ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis (tengah) dan Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan (dua kiri).

Pix by Desmond Douglas Jerukan

SRI AMAN, Ahad ( 9 Jan) – Sumbangan mendiang Walter Lamat Kiyai terhadap usaha peningkatan pencapaian akademik di kawasan Sri Aman akan tetap dikenang oleh semua pihak buat selama-lamanya.

Mendiang, selaku Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Umum Sarawak apabila pengsan di Tebingan Sungai Kuching sekitar jam 5 petang pada 6 Januari lepas.

Beliau, yang aktif bermain badminton di SMK Sri Aman selama ini dilaporkan sedang melakukan senaman jogging pada waktu petang berkenaan dan pengsan dipercayai diserang penyakit jantung pada waktu itu.

Mendiang Lamat menginap di Hotel Magretha, Kuching pada waktu itu memandangkan beliau perlu hadir pada Majlis Makam Malam Bersama Pengarah Pendidikan Negeri sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital tersebut.

Mayat mendiang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Lichok, Roban dalam bahagian Betong pagi hari ini dan meninggalkan seorang balu serta dua orang anak iaitu seorang lelaki dan perempuan.

Berita kematian beliau mengejutkan ramai warga pendidik di Sri Aman dan Betong termasuk juga para media yang sering membuat liputan berita terhadap aktiviti Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman selama ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment