Mugshot: AWANG MAGERIB AWANG ANIE
SRI AMAN, Ahad ( 9 Jan) – Penguasaan penduduk terhadap kemudahan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) di Sri Aman dipertingkat dengan adanya pembukaan Pusat ICT K-Masjid di Masjid Bandar Sri Aman mulai 11 Januari ini.
Pegawai Penyelaras Projek, Awang Magerib Awang Anie ketika ditemui memberitahu pusat kemudahan ini akan beroperasi di bilik ICT, Masjid Bandar Sri Aman dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan dari jam 2 hingga 6 petang pada hari Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad.
“Pusat ini ditubuh demi mengangkat martabat masjid sebagai gedung ilmu yang berteraskan ICT dari masa ke semasa disamping memudahkan penggunaan aplikasi ICT dalam program komuniti serta pembelajaran pengajaran berkaitan agama.
“Malahan pusat ini juga dapat menyediakan sumber multimedia untuk tujuan ceramah, kutbah, jadual sembahyang, papan tanda digital dan sebagainya,” menurut beliau sambil menambah bahawa pusat ini boleh menyumbang ke arah kelahiran komuniti berilmu demi pembangunan ummah.
Awang turut menambah bahawa keahlian Pusat ICT K-Masjid di Masjid Bandar Sri Aman ini terbahagi kepada Ahli Biasa (terbuka kepada individu berminat), Ahli Komuniti (Terbuka Kepada Agensi Kerajaan / Swasta / NGO) dan Ahli Setia (Hanya untuk Komuniti K-Masjid).
“Kita mensasarkan golongan agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, komuniti dan individu untuk penggunaan pusat ini. Justeru diharap agar pembukaan pusat ini dapat menjadikan Masjid Bandar Sri Aman sebagai pusat ICT yang unggul di Bandar Sri Aman pada masa akan datang,” katanya.
Terdahulu Pusat ICT K-Masjid Bandar Sri Aman menawarkan 24 jenis perkhidmatan kepada pengguna seperti kursus pengunaan Microsoft Word, Excel, Power Point, Publisher, Facebook, E-Tube, Blog, E-mail, Penyelengaraan Komputer, Jahitan, Masakan, Perakaunan Komputer, Kelas Akademik (UPSR) Sains, Kelas Akademik (PMR) Sains, Kelas Permainan Komputer (Games), Kelas Asas Menaip / Menggunakan Komputer, Kelas Asas Mewarna / Mengguna Komputer, Kelas Asas Melukis / Mengguna Komputer, Kelas Iqra' dan Al-Quran.
Antara lain perkhidmatan yang turut ditawarkan juga ialah Program Interaktif, Bengkel Membuat Minit Mesyuarat Berkomputer, Bengkel Penulisan Jawi (Asas), Tayangan Video (Internet), Program 'Tak Kenal Maka Tan Cinta', Program Kesedaran ICT, Bengkel K-Masjid, dan Seminar Keusahawan ICT.
Tamat.
No comments:
Post a Comment