Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 January, 2011

Labi - labi makanan favourite orang Dayak


Caption: HAIWAN EKSOTIK ENAK...Gambar menunjukkan salah seekor Labi-labi yang diperoleh oleh penduduk ketika ditangkap di sebuah kawasan sungai di Sri Aman baru-baru ini.


SRI AMAN, Jumaat (28 Jan) – Labi-labi merupakan salah seekor haiwan yang tergolong dalam kumpulan haiwan reptilia seperti penyu, kura-kura dan tuntung yang mampu hidup di kawasan air mahupun tebing darat sungai.

Bagaimanapun disebabkan kelazatan daging haiwan berkenaan, Labi-labi semestinya menjadi salah satu makanan kegemaran bagi sesetengah penduduk kaum Dayak semenjak dari dahulu lagi.

Kelmarin Utusan Sarawak secara kebetulan telah menemui beberapa orang penduduk yang telah berjaya memperoleh enam ekor Labi-labi bersaiz sederhana ketika melaksanakan aktiviti perikanan di salah sebuah sungai di Bahagian Sri Aman.

“Labi-labi diperoleh ini menerusi teknik taut iaitu memasang umpan pada pancing kecil dan dibiarkan di sepanjang laluan sungai yang kami percaya menjadi habitat utama haiwan terbabit.

“Perut ayam selalu dijadikan sebagai umpan utama bagi tujuan ini. Labi-labi yang memakan umpan ini kemudiannya akan terjerat apabila mata kail melekat di dalam mulut haiwan itu,” kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan dalam akhbar ini.

Beliau menambah bahawa peluang untuk menangkap Labi-labi atau lelabi dengan teknik ini akan menjadi lebih cerah sekiranya cuaca mulai mendung dan menghasilkan bunyi guruh akibat kilat pada satu-satu masa.

Alasannya menurut beliau ialah Labi-labi terbabit dipercayai mula menghampiri kawasan tebing sungai kerana mendengar bunyi guruh akibat kilat dan ini akan memudahkan haiwan terbabit termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh mereka.

“Labi-labi yang kami peroleh bukan untuk dijual. Kami menangkap haiwan ini kerana ia merupakan sumber makanan utama keluarga kami dan bukan untuk dijual kepada orang ramai,” katanya.

Bagaimanapun beliau dan rakannya tidak pasti sama ada haiwan terbabit adalah terlindung di bawah undang-undang perhilitan haiwan eksotik perlindungan penuh ketika ditanya oleh Utusan Sarawak mengenai perkara itu.

Terdahulu saiz Labi-labi boleh menjangkau ukuran 50 sentimeter panjang menurut pengalaman penulis ketika sering menyaksikan jualan haiwan berkenaan di mana-mana kawasan pekan selamaini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment