Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 January, 2011

Alo Jana kembali?



Caption: DALAM KENANGAN...Alo Jana (berdiri tengah) bersama Remelly Jana, Lerry Silas dan Dom Desmond menerusi album Raban Hoo...! Haa...! yang diterbit pada tahun 2005 dahulu.

- 13 Jan

Sebut sahaja Alo Jana sudah pastinya semua peminat muzik Iban akan mengenali nama ini memandangkan beliau pernah terkenal sebagai salah seorang artis rakaman yang mewarnai industri muzik lagu Iban Sarawak pada tahun 1999 dan tahun 2004 dahulu.

Anak jati kelahiran Nanga Tada, Kanowit ini mula terkenal setelah muncul dengan album solo pertama (berbentuk kaset) berjudul Sulu Tuchi Beresi di bawah naungan syarikat Industri Muzik Iban (IMI) Digital Studio Sdn Bhd pada tahun 1999.

“Album solo pertama saya ini membariskan lagu Sulu Tuchi Beresi, Pengerindu Nyadi Pemenchi, Sabar Dulu, Bujang Berani (Joget), Terra, Pengerindu Tua dan Enda Ibuh Bepangan.

“Album Sulu Tuchi Beresi nyata berjaya dijual sebanyak 3,000 unit pada masa itu. Terima kasih kepada Pengurus IMI Digital Studio iaitu Sii Toh Ping kerana memberi saya peluang untuk merekodkan album pertama pada ketika itu,” katanya sambil menambah album terbabit masih dijual di Kapit, Song dan Serian hingga masa sekarang.

Kejayaan beliau dalam kelahiran album solo pertama ini turut dibantu oleh pengubah lagu iaitu Iskandar Bujang sambil dibimbing dari segi vokal oleh Andrew Uka Alo dan Abang Hashim Shah selaku pengurus promosi album.

Setelah menempah kejayaan pertama menerusi album solo ini, Alo kemudiannya bersama-sama dengan Jonatan Jubin, Lerry Silas, Lonnie Effrem, Robin dan Eliana Gabriel muncul dalam album kompilasi gawai juga pada tahun yang sama.

Bagaimanapun beliau beralih arah pada tahun 2004 apabila menyertai syarikat Irama bagi tujuan penghasilan album kompilasi berjudul Raban Hoo...! Haa..! bersama Remelly Jana, Lerry Silas dan Dom Desmond yang diterbit pada tahun 2005.

“Album Raban Hoo...! Haa..! juga turut mendapat sambutan hangat daripada peminat lagu Iban. Ia mengandungi lagu Pengidup Bujang, Joget Happy, Salah Ayu Ka Mimpi, Asa Nangam Pengerindu, Emelia, Pengudah Berserara dan Tegepang Terkenyit Ati.

“Peminat ada menemui saya pada masa sekarang menanyakan perkembangan terkini saya dalam bidang muzik. Saya katakan kepada mereka akan merekodkan lagu baru jika ada peluang pada suatu hari kelak,” menurut beliau.

Alo yang kini berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Sarawak juga telah menjadi ahli DAMA (Dayak Artistes And Musicians Association) pada 20 Disember tahun lepas untuk merapatkan diri dengan artis, pengubah lagu, penerbit dan peminat selepas ini.

“Penyertaan dalam DAMA dapat membimbing dan memberi peransang kepada para artis. Jangan fikir dengan menyertai DAMA bahawa artis rakaman Iban dapat membolot pelbagai anugerah di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu penglibatan Alo Jana dalam bidang nyanyian telah bermula apabila berjaya memasuki final Pertandingan Lagu Iban Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Sibu pada tahun 1997 sebelum dinobat sebagai juara Pertandingan Lagu Iban Malam Ngiling Bidai anjuran Pub Pelangi Sibu pada tahun 1999.

Tamat.

1 comment:

  1. aku org simanggangSunday, January 16, 2011

    alo jana???aku rasa aku da jumpa nya kt sri aman..nya da prder ink kat tmpt aku keja...hohohoho...artis rupanya...

    ReplyDelete