Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 September, 2011

Zon Undop juara Bawah 11 Tahun Kejohanan Piala Perak Yayasan Sarawak


Caption: KAMI JUARA..Skuad bolasepak bawah 11 tahun Zon Undop merakamkan gambar kenangan bersama pengurus pasukan dan jurulatih sebaik sahaja tamat kejohanan itu.

- 12 Sept

Pasukan Zon Undop muncul sebagai juara Kejohanan Piala Perak Yayasan Sarawak 2011 bagi Kategori Bawah 11 Tahun pada perlawanan akhir kejohanan terbabit yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman baru-baru ini.

Pasukan berkenaan muncul juara setelah mencatatkan kemenangan tipis ke atas pasukan Zon Engkilili menerusi jaringan gol 1-0 yang berlangsung pada perlawanan akhir kejohanan bola sepak berkenaan.

Ia merupakan kemenangan kedua untuk pasukan Zon Undop setelah pasukan Kategori Bawah 12 Tahun zon terbabit muncul juara bagi kejohanan yang sama pada bulan Mac lepas di Lubok Antu.

Ketua Jurulatih Zon Undop, Entinggi Migat ketika ditemui berkata pasukannya menemui kemenangan hasil sifat keyakinan diri yang tersemat di dalam diri setiap pemain pasukan mereka selama ini.

“Lagipun strategi permainan yang diatur secara bijak ketika berhadapan dengan pasukan lawan juga membolehkan pasukan Zon Undop merangkul dua kejohanan berturut-turut sebelum itu,” katanya.

Terdahulu pasukan Zon Undop telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan terbabit setelah menewaskan pasukan Zon Pantu menerusi jaringan gol 1-0 hasil jaringan Wilson pada minit terakhir dalam masa perlawanan kalah mati.

Kejohanan Piala Perak Yayasan Sarawak 2011 kelolaan Zon Lingga ini menyaksikan sejumlah enam buah pasukan berentap dalam dua buah kumpulan iaitu Kumpulan A (Zon Undop, Sri Aman, Lingga) dan Kumpulan B (Zon Lubok Antu, Engkilili, Pantu).

Majlis penutupan rasmi kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Dearah Sri Aman iaitu Jamit Ajok yang seterusnya telah menyampaikan piala kejohanan kepada Pengurus Pasukan Zon Undop iaitu Satin Bujang.

Hadir sama pada majlis perasmian kejohanan berkenaan ialah Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Baba Minggu, para pegawai kejohanan dan jurulatih dari kesemua zon berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment