Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 September, 2011

Projek bernilai RM4 juta untuk baiki rumah dan PPRT sedang dilaksana di Lubok Antu


Caption: PENGHARGAAN...Tr Agat (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Nyalau (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.


LUBOK ANTU, Rabu (7 Sept) – Sejumlah RM4 juta diperuntukan kepada daerah Lubok Antu untuk membaiki kediaman penduduk di kawasan rumah panjang dan kampung di situ selepas ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata jumlah peruntukan terbabit juga turut digunakan untuk melaksanakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) milik penduduk yang berkelayakan di Lubok Antu.

“Peruntukan terbabit sudah pun digunakan untuk membina sebahagian daripada rumah baru di bawah PPRT dan juga membaiki kediaman milik penduduk di daerah Lubok Antu ini.

“Kedua-dua projek ini masih sedang dilaksanakan. Justeru saya berharap agar penduduk Lubok Antu menganggap peruntukan ini sebagai berita baik untuk mereka daripada Kerajan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Agat, Sungai Tapang, Lubok Antu kelmarin.

Selain itu peruntukan terbabit kata Nyalau juga secara tidak langsung telah membuktikan kepada penduduk Lubok Antu bahawa kerajaan BN komited membangunkan hidup mereka dari masa ke semasa.

“BN merupakan sebuah parti yang dipilih oleh penduduk untuk meneraju kerajaan yang sedia ada sekarang bagi menaiktaraf hidup mereka dari pelbagai segi termasuk pendidikan, kemudahan asas, infrastruktur dan perhubungan.

“Atas sebab ini kerajaan tidak akan mensia-siakan mandat yang diberikan oleh penduduk kepada mereka dengan melaksanakan segala tanggungjawab terbabit pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Sri Aman, Midah Jub, Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP James Jonathan dan ketua kaum di sini.

Nyalau menerusi majlis itu telah menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM128,000 kepada 19 buah JKKK dan biro wanita dalam daerah ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment